BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR, HOUSEBOAT PILIHAN BANI HARUN

Assalammualaikum Dunia... Alhamdulillah, plan bergathering bersama Bani Harun Legasi sambil-sambil bawa Atok bercuti akhirnya tercapai jua dan telah direalisasikan pada pada 17 dan 18 November 2018 di Buyong Houseboat Tasik Kenyir... Organizer program dah tentulah Usu dan Poksu... Kenapa Buyong Houseboat menjadi  pilihan?... Sebabnya Poksu dah biasa menggunakan perkhidmatan Buyong Houseboat ni, harga pun berpatutan dan keadaan houseboat yang selesa dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga...

buyong houseboat tasik kenyir, houseboat murah, pakej houseboat  tasik kenyir
BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR

BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR


Buyong Houseboat merupakan boat 2 tingkat yang memiliki 3 bilik VIP termasuk bilik air ditingkat bawah, 8 bilik biasa ditingkat atas, dapur, tempat bakar BBQ, 3 tandas ditingkat bawah, 1 tandas ditingkat atas, ruang tamu termasuk tv, microphone untuk karaoke, aircond dan sofa...

Bilik VIP ditingkat bawah

Toilet dalam bilik VIP

Sofa diruang tamu beserta aircond

Ruang dapur

Ruang Masak

Bilik ditingkat atas

buyong houseboat tasik kenyir, houseboat murah, pakej houseboat  tasik kenyir
Ruang Santai ditingkat atas

Ruang karaoke bersama keluarga


Semua yang join gathering Bani Harun Legasi terdiri daripada 4 generasi, Atok, Anak-anak Atok,  Cucu-cucu & Cicit-cicit... Total dalam 25 orang...  So Usu & Poksu sewa satu houseboat untuk kami sekeluarga... Ambil pakej penuh untuk 2 hari 1 malam... Harga yang dikenakan untuk satu houseboat dalam RM3,000.00 tapi owner bagi diskaun so total sewa satu houseboat RM2,900.00... Mean, satu keluarga hanya perlu bayar RM270 sahaja hokay... Murah dan berbaloi kannnn... 😍😍😍

Selain tu,  Buyong houseboat juga ada menyediakan pakej-pakej penginapan lain..  MD ada ambil gambar tapi agak silau sedikit.. Ada yang tak berapa nampak sangat tulisannya...  If korang nak book senangnye contact je owner houseboat ni Cg Sabri.. Nombor telefon 013-9347439 / 019-9887439 macam tertera dekat first gambar... Hehehe

PAKEJ-PAKEJ DI BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR






buyong houseboat tasik kenyir, houseboat murah, pakej houseboat  tasik kenyir


Untuk aktiviti yang kitorang buat sepanjang atas houseboat, MD akan story kan kat next entry...  Ok daaaaaaa....

Wassalam


BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR, HOUSEBOAT PILIHAN BANI HARUN BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR, HOUSEBOAT PILIHAN BANI HARUN Reviewed by MasturaDin on November 20, 2018 Rating: 5

7 comments:

  1. Bestnya. Da lama tak naik bot. Dulu Qiya selalu pergi taman negara pahang.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni.. Cadang nak memancing dekat sana, Boleh buat rujukan dan guna pakek kalau nak pi nanti..

    ReplyDelete
  3. menariknya untuk cuti-cuti seisi keluarga

    ReplyDelete
  4. Wow houseboat.menarik! Sesiapa yang berminat ni boleh la try kan :D

    ReplyDelete
  5. Waa dah sampai sana ea.. bestnya houseboat kenyir. Good sharing Mas. Jgn lupa tag pcl utk next update kat kenyir

    ReplyDelete
  6. bookmark dulu.. mana tahu nak guna satu hari nanti bila nak ke sana.. tq..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.