KERABU KAKI AYAM JUADAH BERBUKA RAMADHAN KE 8

May 25, 2018

Assalammualaikum Dunia... Semalam petang niat asal nak masak daging goreng kunyit, tapi masa mintak tolong Hencik Somi keluarkan daging tetibe dia mesej bagitau nak tukar menu ke kerabu kaki ayam... MD ok je..lagi senangkan... heheehehehe.. Dia suruh googlekan resipi kerabu kaki ayam... So bini pun menurut perintah tanpa membantah terus mengoogle dan amik resipi dekat sini >>>  resipi kerabu kaki ayam   

RESIPI KERABU KAKI AYAM MUDAH


resipi kerabu kaki ayam, bahan-bahan membuat kerabu kaki ayam, menu berbuka
kerabu kaki ayam

Resipi yang MD kongsikan ni adalah resipi asal dari blogopsi...Yang Hencik Somi buat semalam tu kami lupe nak letak soon sekali dalam kerabu kaki ayam...dan tambahkan kacang panjang sedikit dan sedikit secukup rasa...hehehehe

Bahan-Bahan Membuat Kerabu Kaki Ayam

  • 10 ketul kaki ayam - potong, buang tulang dan bersihkan kemudian rebus
  • 8 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 - 2 biji tomato - hiris atau potong kiub
  • 1 batang serai - hiris nipis
  • 3 sudu besar sos ikan nampla
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 sudu besar gula
  • 1 pokok daun bawang - hiris halus
  • 1 pokok daun sup - hiris halus
  • Bahan suplemen (soon dan secubit garam )


Cara Membuat Kerabu Kaki Ayam


resipi kerabu kaki ayam, bahan-bahan membuat kerabu kaki ayam, menu berbuka

1. Rebus kaki ayam sampai betul-betul empuk dan apabila sudah empuk angkat, tapiskan dan kemudian siram dengan air panas, lepas tu ketepikan..

2. Masukkan bahan-bahan yang sudah  dihiris tadi ke dalam mangkuk kemudian campurkan kaki ayam yang sudah direbus dan gaul rata... 

3. Masukkan tomato hiris, jus limau nipis, dan sos ikan kemudian kacau sampai rata...

4. Siap dan boleh dihidangkan...

SELAMAT MENCUBA...


Wassalam

You Might Also Like

4 Luahan Hearty

  1. Tak pernah makan kerabu kaki ayam.. cam sedap..

    ReplyDelete
  2. Lama tak buat kerabu kaki ayam...

    ReplyDelete
  3. nampak sedap ni, boleh try menu ni

    ReplyDelete

setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);