AIR MINUMAN VIRAL PENYEGAR TEKAK KETIKA BERBUKA PUASA

May 22, 2018

Assalammualaikum Dunia... Sabtu baru-baru ni MD try buat air campuran buah-buahan bersama beberapa jenis bahan-bahan lain... Ni kira macam air viral jugak sebab MD dapat dekat Facebook... Tengok memasing pakat share pastu bahan-bahan dengan cara nak bancuh tu mudah sangat hokay...semudah ABC... gitewww... Memang segar tekak masa minum air ni tambah-tambah  sebagai minuman berbuka puasa... hehehehe... 

AIR MINUMAN VIRAL PENYEGAR TEKAK KETIKA BERBUKA PUASA

air buah-buahan, resipi, bahan-bahan air viral, juadah berbuka puasa

Menurut pemilik resipi (Melea namanya), air viral ni takde nama... Idea ni datang masa dia tengah minum ais jelly dekat Mahkota Parade, ada jelly yang diperahkan dengan limau beserta buah-buahan campuran... bila aisnya cair, rasanya sama macam air viral ni....

Bahan-bahannya

- Longan dalam tin (air jangan buang )
- Laici dalam tin (air jangan buang)
- Biji selasih (rendam dengan air panas)
- Cincau (cincangkan)
- Nata de coco (buang airnya)
- Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
- Ais

Cara-caranya 

1. Dalam jug tuangkan laici dan longan bersama-sama airnya , masukkan biji selasih, cincau dan nata de coco...
2. Kemudian perahkan limau nipis ikut suka nak masam macamana....
3. Agak-agak dah nak masuk waktu berbuka bolehlah campurkan ais dan kalau manis boleh tambah air masak sedikit...
4. Siap dan boleh dihidang

SELAMAT MENCUBA

You Might Also Like

2 Luahan Hearty

  1. first time dengar nama air ni.. da viral eh hehe.. insyallah ada kseempatan kita cuba lupa. sedap tu longan =D

    ReplyDelete

setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);