[GAMBAR] CARA MEMBUAT MURTABAK CHEESE DAGING MENGGUNAKAN KULIT POPIA
Assalamualaikum Dunia... Alhamdulillah, dah relax sikit ni bolehlah update blog yang dah nak bersawang... 😅😅... Menu kali ni MD try buat murtabak cheese daging menggunakan kulit popia...Resepi murtabak cheese daging MD dapat hasil scroll dekat wall FB... Hehehe... Cara nak buat pun mudah sangat...
Actually, lama dah teringin nak makan murtabak cheese kat Kampung Melayu Majidee Jb yang viral tu... tapi setiap kali balik johor je makanan lain dah menanti... so memang tak berkesempatan nak merasa... huhuhu... Murtabak cheese daging guna kulit popia ni sedap makan time panas-panas... Rangup diluar lembut didalam... kalau dah sejuk kulit popia tu akan jadi lembut macam doh murtabak...😁😁...
RESEPI MURTABAK CHEESE MENGGUNAKAN KULIT POPIA
Bahan-bahan inti
1. Kentang (potong dadu)
2. Daging hancur / daging burger
3. Rempah kari
4. Bawang besar (potong dadu)
5. Garam
6. Serbuk cili
7. Secukup rasa
8. Minyak untuk menumis
9. Air
10. Daun sup
Cara-cara masak inti murtabak kulit popia
1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang besar yang telah dipotong dadu sehingga layu dan masukkan rempah kari (bancuh dengan sedikit air) serta serbuk cili....
2. Tumiskan sehingga naik bau, masukkan kentang dan daging hancur/ daging burger yang telah dihancurkan..
3. Masukkan sedikit air untuk bagi kentang dan daging empuk...
4. Akhir sekali, masukkan garam, secukup rasa dan daun sup..Kacau-kacau sehingga kentang empuk...
5. Tutup api dan biarkan sejuk...
BAHAN-BAHAN ASAS LAIN YANG DIPERLUKAN
1. Kulit popia
2. Cheddar cheese
3. Mozarella cheese
4. Telur
CARA-CARA MEMBALUT MURTABAK CHEESE MENGGUNAKAN KULIT POPIA
1. Ambil 4 keping kulit popia, susun dan lapik-lapikkan kulit popia macam gambar diatas
2. Taburkan kedua-dua jenis cheese
3. Letakkan inti diatas cheese kemudian taburkan selapis cheese lagi diatas inti
4. Sapukan telur disekeliling kulit popia dan balut macam dalam gambar diatas
5. Ni rupa yang dah siap dibalut
6. Panaskan kuali dengan sedikit marjerin dan masakkan dengan api perlahan sehingga warna kekuningan....
7. Siap dan sedia untuk dihidang...
SELAMAT MENCUBA 😁
Wassalam
Aduhai sedapnya...
ReplyDeletewahhhh dap dap dap. boleh cuba resepi ni.
ReplyDeleteSedapnyaaa...kalau letak inti sardin pun sedap kan?
ReplyDeleteSenang je.. boleh cuba nnti
ReplyDeleteMurtabak cheese kt melayu majidee tu mmg best...dah 2x makan situ
ReplyDeleteSoya bahaya untuk pesakit Ovarian Cyst?? Fakta atau Mitos semata???
ehh awat senang sgt niiiii boleh cuba ni.. telan air liur tgk
ReplyDeleteperghhhh mengancamnyaa hahahaha. nampak sedap lazat berkrim rangup arghh hahaha
ReplyDeletesedapnya.. yeahhh nak try nanti
ReplyDeleteSedapnya..bolehla nak cuba buat ni
ReplyDeleteBoleh cuba nie, memang fevert pakcu taw.
ReplyDeleteJadi murtabak ni rangup la kan sebab pakai popia?
ReplyDeleteSaya singgah sini pagi ni. Follow.
#AfbDotMy
#AFBians
tengok gambar aje dah terliur.. tak boleh tahan ade cheese ni..
ReplyDeletelagi yg jenis senang nak buat kat rumah ni..
Wah nmpak sedapnyer popia ni
ReplyDeleteBuat kin lapar ! hahaa
ReplyDeletebtw kak, jemput singgah. kin tag akak mas :)
http://www.mawarassufi.com/2017/09/segmen-bloglist-oktober-disember-2017.html
trima ksh berkongsi resepi...
ReplyDeletewww.kickstory.net