RESEPI MURTABAK DAGING MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA PALING SIMPLE DAN CEPAT

by - March 05, 2017

Assalammualaikum Dunia... Pagi minggu ada masa memang sangat malas untuk masak breakfast... Niat hati nak buat poket doremon... tapi niat jelah...hihihi... Akhirnya terlintas difikiran untuk masak resepi murtabak daging paling simple dan cepat mengggunakan roti gardenia  yang telah seminggu disimpan dalam peti sejuk...Resepi ni Mak yang tunjuk tapi before ni guna sardin.. Kali ni guna daging pulak... Untuk yang suke buat breakfast mudah boleh r try resepi murtabak daging paling simple dan cepat ni...

resepi berasaskan roti, resepi murtabak daging cepat dan simple,  resepi murtabak menggunakan roti gardenia
resepi murtabak daging paling simple dan cepat

Uwais siap cakap "ermm..sedap..pandai Mokde masak.."... hahahahhaa... #mohonmuntahhijau...


BAHAN-BAHAN MURTABAK DAGING MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA PALING SIMPLE DAN CEPAT

Daging cincang (Agak-agak je)
2 biji bawang besar
2 sudu besar rempah kari
4 biji telur
Garam secukupnya
Serbuk perasa 
Roti
Sedikit minyak

*Nak pedas boleh hiriskan cili padi...

CARA-CARA MEMASAK MURTABAK DAGING MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA PALING SIMPLE DAN CEPAT

resepi berasaskan roti, resepi murtabak daging cepat dan simple,  resepi murtabak menggunakan roti gardenia

1. Masukkan daging cincang ke dalam mangkuk kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu, rempah kari, telur, garam dan serbuk perasa...

2. Gaul sebati semua bahan-bahan tadi dan panaskan minyak sedikit...

3. Ambil roti dan celupkan ke dalam campuran daging... Salutkan sepenuhnya permukaan roti depan belakang...

4. Bila minyak agak panas masukkan roti yang telah disalut dengan daging dan biarkan sehingga masak kemudian boleh diterbalikkan... 

5. Apabila kedua-dua permukaan telah masak boleh angkat dan toskan...

6. Siap dan sedia untuk dihidang... 

Selamat mencuba.. ☺☺☺


Wassalam




You May Also Like

6 Luahan Hearty

  1. pakai roti gardenia je ek? good idea. boleh try nanti. rasanya nak tukar daging tu dengan sardin

    ReplyDelete
    Replies
    1. gune sardin pun sedap gak..jadi murtabak sardin..hehehe

      Delete
  2. Menarik nie..nanti boleh Kak Sue cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try r kak Sue.. mudah je ni.. :)

      Delete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (56) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)