DAFTAR SSM TAK BOLEH DAPAT BR1M?

Assalammualaikum Dunia... Sedang MD skrol FB pagi ni... terbaca status daftar ssm tak boleh dapat brim ni lalu di wall... So disini MD kongsikan status yang ditulis oleh Encik Mohd Zairi Said di FB nya, kenapa daftar SSM tak bolej dapat brim agar dapat mencerahkan mana-mana yang salah paham...

brim 2017, daftar ssm tak boleh dapat brim, rayuan brim 2017, kenapa brim tidak lulus
sumber google- DAFTAR SSM TAK BOLEH DAPAT BRIM 2017

BETUL KE DAFTAR SSM TAK BOLEH DAPAT BR1M?

Setelah berbincang dengan YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya di Parlimen pagi tadi mengenai permasalahan yang menghantui sebahagian pemohon BR1M khususnya di Balik Pulau, saya mengunjungi Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia di KL Sentral dan LHDN Cyberjaya petang ini.

Rumusan saya selepas perbincangan bersama Encik Mohammad Syafiq, Ketua Unit Komunikasi Korporat SSM dan Encik Saidul Sahri, Pegawai Perhubungan Awam LHDNM ialah:
1. Pemohon BR1M yang ada daftar perniagaan dengan SSM adalah LAYAK untuk menerima BR1M dengan syarat pendapatan beliau dan isirumah seluruhnya tidak melebihi RM4,000.00.
2. Pemohon BR1M yang gagal atas alasan "Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)" TIDAK PERLU pergi ke mana-mana pejabat SSM untuk tujuan rayuan atau mendapatkan apa-apa penyata. Ini kerana SSM tidak mengeluarkan apa-apa penyata berkaitan status kewangan pemilik perniagaan yang berdaftar dengan mereka.
Nota: Mesej berkenaan telah dipadam hari ini bagi mengelakkan kekeliruan.
3. Apa yang perlu dibuat oleh mereka yang ada perniagaan berdaftar dengan SSM ketika rayuan BR1M nanti (bermula 3.4.2017 - 31.5.2017) ialah:
- sekiranya perniagaan masih dijalankan (tidak kira sama ada secara part-time, online atau kecil-kecilan), buktikan bahawa pendapatan anda tidak melebihi syarat yang ditetapkan. Pembuktian boleh dibuat dengan menunjukkan penyata akaun perniagaan (bagi yang ada) atau akaun persendirian.
- sekiranya perniagaan atas nama pemohon tetapi sebenarnya dijalankan oleh orang lain (anak, adik-beradik, saudara), buktikan bahawa perniagaan itu dilaksanakan oleh mereka. Pembuktian boleh dibuat dengan menunjukkan surat perjanjian atau apa-apa dokumen bertulis.
- sekiranya perniagaan tidak lagi aktif, pemohon dinasihatkan menutup perniagaannya di SSM dan membawa notis penutupan kepada LHDN ketika rayuan BR1M.
- sekiranya perniagaan tidak lagi aktif tetapi tidak mahu menutupnya, kemukakan penyata akaun perniagaan (bagi yang ada) atau akaun persendirian sebagai pembuktian.
4. Bagi kes mereka yang bercerai, perlu dikemukakan bukti perceraian untuk membolehkan kedua-dua pihak (bekas isteri & bekas suami) mengemukakan permohonan masing-masing. Banyak kes dokumen perceraian tidak diberikan.
5. Pemohon BR1M yang meletakkan nama anak mereka yang telah berkahwin atau masih bujang (sama ada bekerja atau tidak) sebagai tanggungan akan menyebabkan permohonan ditolak sekiranya anak mereka juga memohon BR1M. Ini kerana berlaku pertindihan permohonan.
6. Pelajar yang telah berhenti belajar atau tamat pengajian perlu mengemukakan bukti ketika rayuan. Ini kerana pelajar disediakan kemudahan Baucar Buku 1Malaysia dan mereka tidak boleh memohon BR1M.
KESIMPULAN saya, langkah yang dibuat ini merupakan satu proses tapisan dalam memastikan mereka yang hanya benar-benar layak (berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan) untuk menerima BR1M. Sebelum ini pihak LHDN banyak menerima aduan mengenai ketirisan pemberian BR1M. Kita sendiri selalu mendengar orang pi ambil BR1M naik kereta mewah. Oleh itu, langkah ini merupakan satu kaedah pengawalan kepada ketirisan berkenaan.
Jangan risau sahabat. In Sha Allah kita akan dapat jika benar-benar layak. Yang penting kita buktikan kepada LHDN dalam tempoh rayuan nanti.
Akhir sekali, dipenghujung kedua-dua pertemuan, pihak SSM dan LHDN telah setuju untuk turun ke Parlimen Balik Pulau bagi memudahkan urusan rayuan dibuat oleh warga Parlimen ini. In Sha Allah, dalam masa terdekat saya dan rakan-rakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Balik Pulau akan mengaturkannya sebagaimana yang dihasratkan oleh YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya.
Segalanya demi Balik Pulau tercinta.
MOHD ZAIRI SAID
Nota kaki:
Menurut kenyataan rasmi LHDN, sebanyak 6,320,769 permohonan telah diluluskan setakat ini.

Wassalam
DAFTAR SSM TAK BOLEH DAPAT BR1M? DAFTAR SSM TAK BOLEH DAPAT BR1M? Reviewed by MasturaDin on March 09, 2017 Rating: 5

4 comments:

  1. Nak jugak boleh tak? Hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..lulus jugak akhirnya heee

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, sy dapat BRIM tahun ni 😁

    ReplyDelete
  4. Kesimpulannya, jika kita ada SSM pun masih berpeluang untuk mohon BR1M lah ye....

    Terima Kasih untuk pencerahan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.