Assalammualaikum Dunia... Negeri Kelantan sememangnya popular dengan budaya dan juadah makanan yang enak-enak. Walaupun ia tidak seperti Negeri Terengganu dan Pahang yang mempunyai banyak pulau dan taman negara yang menarik untuk dilawati namun Negeri Che Siti Wan Kembang ini tetap mempunyai keunikkannya tersendiri. Bandar yang sering menjadi tarikan pelancong adalah Kota Bharu. Tapi sebelum bercuti ke sana adalah lebih baik korang buat perancangan yang fleksible dan teliti. Perancangan sebelum bercuti ni sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebabnya ia dapat membantu korang mengawal bajet percutian supaya kewangan terancang dengan baik. Selain itu, dengan perancangan teliti ini ia akan menjadikan percutian korang lebih menyeronokkan serta boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat dibuat kenang-kenangan dengan lancar.
Persediaan Penting Sebelum Bercuti ke Hotel Kota Bharu |
4 Persediaan Penting Sebelum Bercuti Ke Hotel Kota Bharu
1. Bajet
Sumber Ihsan : Google |
Bajet adalah antara perkara pertama dan paling utama yang mesti korang rancang sebelum bercuti di Kelantan atau tak kisahlah ke mana-mana saja tempat yang menjadi destinasi pilihan korang. Bajet tahunan untuk bercuti seharusnya ada dalam setiap keluarga. Dalam bajet ni, korang kena ambil kira tentang kos asas yang membabitkan pengangkutan, tol, petrol, penginapan dan makanan. Walaupun terdapat banyak pilihan penginapan yang awesome dengan promosinya, namun korang juga perlu bijak memilih. Bagi korang bercuti dengan jumlah orang yang ramai MD cadangkan korang memilih homestay kerana lebih menjimatkan. Kalau korang pandai cari mungkin korang boleh dapat penginapan yang setaraf lebih kurang macam Hotel Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan. Pilihan pengangkutan juga memainkan peranan. Jika korang datang dengan pengangkutan awam seperti keretapi atau bas, korang kena merancang pula jika ingin menyewa kereta di sana nanti.
2. Duit Poket Untuk Shopping
Tempat shopping popular yang berdekatan dengan kawasan sekitar Hotel Kota Bharu |
Seterusnya, perbelanjaan untuk shopping. Ia adalah agenda wajib dan menyeronokkan jika datang ke Kelantan. Kenapa? Sebab MD dengar dari kawan-kawan yang pernah pergi ke Kelantan, terdapat pelbagai pilihan barangan dengan harga yang amat berpatutan dan menjimatkan dekat
Tempat shopping popular yang berdekatan dengan kawasan sekitar Hotel Kota Bharu |
Antara lain, aktiviti yang biasa dilakukan jika bercuti adalah berkunjung ke tempat-tempat bersejarah dan menarik. Jadi, di sini korang boleh kunjungi ke beberapa tempat yang menarik seperti Muzium Adat Istiadat Diraja, Bank Kerapu, Muzium Islam, Kampung Kraf Tangan dan lain-lain lagi. Pastikan anak-anak korang dapat merasainya juga. Selain itu, tempat peranginan seperti pantai dan air terjun juga menjadi agenda wajib jika datang ke sini. Pantai Cahaya Bulan adalah antara pantai yang patut korang pergi kerana dikatakan disitu terdapat warung makan yang menjual ikan celup tepung yang sedap. Sambil makan bolehlah korang melayan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Terdapat juga pantai-pantai lain yang boleh korang kunjungi seperti Pantai Irama, Pantai Sri Tujoh, Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Tok Bali di samping wujudnya beberapa homestay Kota Bharu di sekitarnya untuk bermalam. Pastikan korang membawa pakaian yang bersesuaian dan mencukupi tau. Ini dapat mengelakkan duit korang melayang membeli pakaian di sana .
3. Duit Poket Untuk Makan
Maggi Sup Belut |
Haaa, seterusnya perancangan dalam bab makan. Aktiviti ala-ala jalan-jalan cari makan ni adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi kebanyakan pengunjung. Di sini memang terdapat banyak makanan yang sedap dan popular tapi korang kena berhati-hati sebab dengarnya ada juga kedai makan yang cekik darah serta layanan yang kurang memuaskan. Dikatakan juga Bazar Tengku Anis yang terletak dibelakang Supermarket Pantai Timur (nama dahulu Bazar Padang Bas) merupakan syurga makanan dan makanan yang dijual disitu seperti nasi kerabunya murah sahaja. Selain nasi kerabu, jika melancong ke Kota Bharu korang jangan lupa rasa Meggi Sup Belut tau. Tengok macam sedap je kan. Nyum nyum nyum. Di samping itu, waktu untuk singgah menjamu selera perlu juga diambil kira. Jika datang waktu puncak dan terlalu ramai orang, mungkin korang terpaksa menunggu dan bersesak. Jadi, korang buatlah perancangan awal-awal restoran mana yang akan disinggah dan makanan apa yang hendak dicuba selain dari waktu yang sesuai untuk menjamu selera. Kalau boleh carilah yang berdekatan dengan penginapan homestay Kota Bharu yang korang tinggal. Barulah senang nak pergi ke tempat tersebut.
4. Masa
And last but not least, mengenai masa yang sesuai untuk korang bercuti dan berkunjung ke Kelantan adalah disarankan pada cuti sekolah bulan Mac, Jun, serta pada cuti hari raya Cina. Daripada sumber yang boleh dipercayai, bulan Disember korang tak digalakkan datang kerana musim tengkujuh, kawasan Rantau Panjang biasanya akan ditenggelami air dan banyak kedai akan tutup. Biasanya cuaca tidak menentu pada pertengahan dan hujung bulan 12. Waktu yang paling padat dan sesak teruk adalah pada cuti hari raya puasa, raya haji, cuti hari raya cina dan pada waktu hujung minggu pada musim cuti sekolah. Pada waktu inilah biasanya keadaan jalanraya di Kelantan sesak kerana pada masa ini anak jati Kelantan yang merantau akan pulang ke kampung halaman mereka. Jadi, rancanglah percutian korang dengan baik. Sekarang ni pun ada banyak promosi sempena cuti sekolah di https://www.traveloka.com/en-my/promotion. Bolehlah set masa yang sesuai untuk korang pergi bercuti. MD pun rancang nak pergi "honeymoon" ke Kelantan next year. In sha ALLAH, nanti bolehlah book dari Traveloka dan follow tips ni. Semoga korang pun dapat percutian yang menyeronokkan di
credit pic : Teman tapi Mesra
Wassalam
Terima kasih. Balik dari jepun nanti saya pergi kb and kt.
ReplyDeletegood tips
ReplyDeleteSebulan 3 kali kite melencong le kota bharu.hehehe..best memang best..tp kena pandai pilih..sebab adakalanya dkt wakaf che yeh ni cekik gak darah
ReplyDeleteSekarang ni bln 12 musim hujan dan banjir.. Memang x pegi sana. Saya suka nasi kerabu, saya suka jalan2 kelantan cari makan.
ReplyDeleteKalu nk upah pemandu pelancong buleh la call abam kie...
ReplyDelete