HOMESTAY IDAMAN VILLA MENJADI PILIHAN KETIKA BERCUTI DI MELAKA
Assalammualaikum Dunia... Pada 5 November 2016, kami geng AFB telah pergi bercuti ke Melaka dan telah berpeluang untuk menetap di homestay Idaman Villa @ Malacca yang terletak di Taman Kota Syahbandar betul-betul ditengah bandar Melaka...
Percutian 2 hari 1 malam itu sangat bermakna dan telah meninggalkan 1001 kenangan yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila... ...
Kenapa homestay Idaman Villa @ Malacca ini menjadi pilihan hati kami? Kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah merupakan sebab mengapa kami memilih untuk menetap disini... Hanya dengan 5 minit ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys dan 12 minit ke A'Famosa dengan menaiki kenderaan sangat-sangat dapat menjimatkan masa percutian singkat kami untuk ke satu-satu destinasi...
Idaman Villa @Malacca ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 6 tandas, TV dengan 50+ siaran di ruang tamu, TV dengan 20+ siaran untuk bilik master bedroom di tingkat 1 dan 2... WiFi disediakan dengan kelajuan internet 30Mbps...
Jom kita tengok gambaran dalam homestay Idaman Villa ini... :blush::blush:
Ruang Tamu |
Ruang makan |
Coffee Bar |
Bilik Tidur 1-1 |
Bilik Tidur 2-1 |
Bilik Tidur 2-2 |
Bilik Tidur 2-3 |
Bilik Tidur 3-1 |
Bilik Tidur 3-1 |
Balkoni bilik 3-1 |
Bilik Tidur 3-2 |
Bilik Tidur 3-3 |
Ruang Tengah Tingkat 3 |
Disebelah tepi perkarangan homestay Idaman Villa ini pula disediakan BBQ pit... So pada sebelah malam Ahad kami menggunakan kesempatan yang ada untuk berBBQ... resepi ayam BBQ boleh refer sini >>>> RESEPI AYAM BBQ AFB INSPIRED BY PAPAGLAMZ
Di Bahagian Tepi Laman Idaman Villa |
AYAM BBQ AFB INSPIRED BY PAPAGLAMZ |
Bukti tolong menyemak...hehehehe |
Dapur yang disediakan boleh digunakan untuk memasak... Sementara kaum bapak ber BBQ diluar, kaum ibu pula sibuk menyediakan menu lain di dapur... masing-masing memainkan peranan... Segala peralatan yang disediakan didapur lengkap... ada rice cooker, heater, pinggan mangkuk, kuali dan lain-lain lagi....
Kaum Ibu yang bertungkus lumus menyiapkan menu untuk makan malam |
Sebelum berpisah kami sempat merakamkan gambar terakhir sebagai kenang-kenangan... Ada rezeki kita berjumpa lagi yer... Apapun korang memang best... Hakak enjoy!!!.. hehehe
Antara yang turut serta |
Secara keseluruhannya, homestay Idaman Villa ini sangat selesa untuk disewa... Yang paling best kalau kita taknak sewa satu rumah, boleh juga sewa bilik sahaja... Homestay Idaman Villa ini bukan sahaja sesuai disewa untuk tujuan melancong malah boleh juga disewa untuk apa jua aktiviti seperti atas urusan perniagaan....
Untuk info lanjut boleh refer website Idaman Villa >>> HOMESTAY IDAMAN VILLA @ MALACCA
Wassalam
wow selesa nya
ReplyDeleteMemang enjoy duduk sini. Luas dan selesa :)
ReplyDeletecantik nye homestay skrg ni..
ReplyDeletegood info ni... bilik dia pun cantik-cantik
ReplyDeletenak pergi lagilah... kita booking lain nnt yea.. main masak-masak best
ReplyDeleteByk bilik dia.bagus ni kalau nak buat renuion mcm selalu..Thanks for info
ReplyDelete