TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS ZIKA DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA

by - September 02, 2016

TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS ZIKA DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA

virus zika, tanda-tanda dijangkiti, langkah-langkah pencegahan, doa dijauhi bala bencana dan penyakit, simptom-simptom
sumber FB

Assalammualaikum Dunia... Beberapa hari lepas, seorang wanita di Klang telah sah dijangkiti virus Zika.. Ini merupakan kes pertama di Malaysia... Beliau dikatakan telah mengunjungi anak perempuannya di Singapura... Anak beliau yang berada si Singapura turut telah disahkan dijangkiti virus zika ini... Berikut adalah tanda-tanda dan simptom-simptom dijangkiti virus zika ini....


TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS ZIKA

1. Demam ringan
2. Sakit kepala
3. Ruam kulit
4. Konjunktivitis
5. Kelesuan
6. Sakit sendi

Jika terdapat tanda-tanda dan simptom-simptom ini pada diri korang cepat-cepatlah dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan...  

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA DIJANGKITI VIRUS ZIKA

Bagi memastikan virus ini tidak terus menular di negara kita, pihak kementerian akan melaksankan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita tersebut yang terletak di Taman Botanik Klang...  

Antara langkah pencegahan lain yang boleh diambil oleh orang ramai bagi mencegah penularan virus ini adalah seperti berikut :-

1. Buang air yang bertakung di kawasan rumah korang.
2. Memakai pakaian berlengan panjang pada waktu pagi dan malam untuk menghalang daripada digigit oleh nyamuk Aedes.
3. Menggunakan spray nyamuk atau ubat nyamuk dirumah.

DOA MOHON DIJAUHI BALA BENCANA

Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini agar dilindungi dan terhindar daripada dijangkiti segala penyakit berbahaya dan dijauhi dari bala bencana dunia....

Ya ALLAH, wahai Tuhan kami! Kami berlindung denganMu daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Kami juga mohon perlindunganMu daripada kegembiraan orang-orang yang membenci kami diatas kekecewaan kami dan kami mohon perlindunganMu daripada menghidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan. Amin...

Moga kita semua terhindar daripada virus ini.

sumber : Astro Awani
               Facebook

Wassalam

You May Also Like

2 Luahan Hearty

  1. Dah sampai malaysia dah..semoga kita semua dilindungi.amin

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)