HOMEMADE MINI BURGER DENGAN MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA

by - August 14, 2016

HOMEMADE MINI BURGER DENGAN MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA

homemade mini burger dengan menggunakan roti gardenia, resepi menggunakan roti, mini burger malaysia

Assalammualaikum Dunia... Resepi homemade mini burger dengan menggunakan roti gardenia ni adalah hasil dari menggoogle... Idea dari blog CAHAYA CINTAKU ...

BAHAN-BAHANYA

(Anggaran dalam 8-9 biji burger)

10 keping roti gardenia
2 keping daging / ayam Ramly burger
tomato / salad (optional)
Marjerin / planta
Pencungkil Gigi / Lidi satay

CARA-CARANYA 

homemade mini burger dengan menggunakan roti gardenia, resepi menggunakan roti, mini burger malaysia

ROTI
1. Lapikkan dua keping roti dan terap dengan menggunakan acuan bulat kecil.. (MD gunakan cawan ubat macam blogger Cahaya Cintaku)... -Macam pic diatas
2. Kemudian sapukan marjerin / planta dan masakkan atas kuali non stick sehingga kuning keemasan...

homemade mini burger dengan menggunakan roti gardenia, resepi menggunakan roti, mini burger malaysia
DAGING / AYAM RAMLY BURGER
1. Terapkan juge dengan menggunakan acuan yang sama (untuk mengelakkan pembaziran, bila terap pakai cawan ubat akan ade daging-daging yang lebihkan.. so lebihan daging tu satukan dengan daging-daging yang dah diterap pastu bentuk kan bulat-bulat balik) - 1keping daging besar boleh dapat dalam 4-5 keping mini daging
2. Masakkan dalam kuali non stick... (MD tak buh marjerin sebab bile masak daging-daging tu akan keluarkan minyak...
3. Angkat dan sedia untuk disatukan dengan roti...


Dah siap tu bolehlah satukan roti dan daging... kalau nak buh salad dan tomato pun boleh.. ikut kreativiti memasing... Ambil pencungkil gigi atau lidi satay dan buat macam pic yang atas sekali...Siap dan boleh dimakan.. nak buh sos pun boleh.. 

SELAMAT MENCUBA ... :)

Wassalam

You May Also Like

7 Luahan Hearty

  1. waaa bagus idea ni.. boleh la guna nanti bila mood rajin dtg...

    ReplyDelete
  2. menarik sgt ni sis.... Allhamdulillah... blh cuba... thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya :D boleh try ni :D

    ReplyDelete
  4. Menarik ni untuk jamuan lepak2 sambil tengok movie kat rumah.. member2 mesti suka.

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (56) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)