RESEPI CUCUR ROTI

by - June 16, 2016

RESEPI CUCUR ROTI

resepi cucur roti, cekodok roti, juadah berbuka, tanpa telur

Assalammualaikum Dunia... Malam haritu tetibe tekak terasa nak makan cekodok tepung... tapi bile terpandangkan roti yang banyak, so terus ubah resepi jadi cucur roti.. ni pun Atok yang ajar cara nak membuatnya.. hehe


BAHAN-BAHAN CUCUR ROTI

5 keping roti putih (Gunting dadu kecil-kecil)
2 biji bawang besar
Serbuk lada sulah 
Sedikit Soda Bikarbonat
Tepung gandum secukupnya
2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus)
Sedikit ikan bilis 
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA-CARA MEMBUAT CUCUR ROTI resepi cucur roti, cekodok roti, juadah berbuka, tanpa telur

1) Gunting / potong roti dadu kecil-kecil...dalam mangkuk lain, campurkan tepung, soda bikarbonat, daun sup, serbuk lada sulah dan garam...
2) Blenderkan bawang besar, ikan bilis dan sedikit air.. Bancuhkan adunan tepung tadi dengan bahan yang telah dikisar.. boleh tambah air jika adunan keras..tapi jangan terlalu cair...
3) Masukkan roti yang telah dipotong dadu dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati..
4) Panaskan minyak dan buat macam jemput-jemput bulat... Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan..
5) Angkat dan toskan....
6) Sedia untuk dihidang...sedap dicicah bersama sos.. 

SELAMAT MENCUBA.. :)

Wassalam


You May Also Like

8 Luahan Hearty

  1. OK.. kakak nak buat petang ni sebab ada baki roti kat dapur kakak
    Nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. owww belum pernah buat lagi cucur roti.. tp cucoq biasa2 selalu la.

    ReplyDelete
  3. ohh boleh eh blender..nanti nak cube laaaaa.. aduhh sedap plak tengoknye tuu

    ReplyDelete
  4. waaa. first time dengar cucur roti ni.. bagus2

    Blogwalking Sini, jom baca artikle tutorial ini

    Cara Betul Untuk Memasang HTTPS di blog article...

    ReplyDelete
  5. kreatif... boleh tahan.. terbaik

    ReplyDelete
  6. wow boleh cuba ni.. bab2 cekodok CT suka hehe..

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)