6 MASA HALAL MENGUMPAT

6 MASA HALAL MENGUMPAT


Assalammualaikum Dunia... Last week MD dapat majalah Solusi free... orang yang bagi tu kate bagi sebagai sedekah sempena hari Jumaat... Alhamdulillah.. Selak punye selak setiap helaian tu, tertarik pulak dengan isu masa halal mengumpat...  Menurut al-Imam al-Nawawi dalam Riyad al-Salihin, mengumpat diharuskan kerana tujuan yang benar dan menurut syariat...

6 SEBAB DIHARUSKAN MENGUMPAT

1. PENGADUAN DAN PENGANIAYAAN
- Hal ini diinstinbatkan daripada pengaduan Hindun binti Utbah kepada Rasulullah tentang suaminya Abu Sufyan  yang kedekut

2. MEMINTA PERTOLONGAN UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN
- Contoh, meminta bantuan pihak berkuasa seperti jabatan agama untuk mencegah maksiat yang dilakukan seseorang..

3. MEMINTA FATWA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
Soalan yang perlu diajukan bertujuan meminta fatwa untuk menyelesaikan masalah adalah lebih baik tidak menyebut nama orang yang terlibat dalam masalah itu.. Contohnya, "jika seseorang lelaki atau suami (tanpa menyebut nama) berbuat begini, bagaimana untuk menyelesaikannya?

4. PERINGATAN UNTUK MENJAUHKAN MAKSIAT
- Contoh, Ingin mencari menantu atau besan, bersyarikat, memberi amanah, berjiran dan bergaul. Maka orang yang diminta nasihat mesti memberitahu karakter atau keadaan sebenar supaya tidak tertipu dalam menjaga amanah dan tidak menyesal jika mendapat suami, menantu atau keluarga besan yang berperangai buruk..

5. PELAKU FASIK DAN MAKSIAT TERANG TERANGAN
- Contohnya, seseorang yang berbangga meminum arak dikhalayak ramai. Bagaimanapun tidak dibolehkan menyebut keaiban-keaiban lain

6. UNTUK DIKENALI
- Sekiranya tiada petunjuk lain yang boleh membuatkan dia dikenali dan orang tersebut telah dikenali ramai dengan panggilan tersebut, maka diharuskan menyebutnya seperti tempang, gagap dan sebagainya...

sumber : majalah solusi

Wassalam
6 MASA HALAL MENGUMPAT 6 MASA HALAL MENGUMPAT Reviewed by MasturaDin on May 12, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. Subhanallah..terima kasih share input ni ya...

    ReplyDelete
  2. Thank you kak mas kongsikan tentang ini :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.