RESEPI SARDIN ROLL MUDAH

by - May 09, 2016

RESEPI SARDIN ROLL MUDAH

resepi sardin roll mudah, cara membuat pastri, bahan-bahan sardin roll, menu minum petang
sardin roll mudah
Assalammualaikum Dunia... Semalam untuk kudapan minum petang di hujung minggu MD try buat sardin roll mudah ni.. Kenapa MD cakap mudah?
Sebab bahan-bahan untuk buat pastri tak perlukan mauripan tapi bile dah siap goreng dan dah sejuk pastri tu still lembut lagi... tak keras dan tak liat... Resepinya MD tanya dekat MR GOOGLE... Hihihi

Bahan-Bahan:

Bahan untuk pastri:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 70 gram mentega sejuk, potong kiub (anggaran dalam suku cawan)
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 40 ml air sejuk (anggaran setengah cawan)
  • 1 biji telur, untuk sapu

Bahan untuk inti sardin:

  • 1 tin kecil sardin
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 biji kentang, potong dadu
  • 1 biji bawang besar, potong dadu
  •  10 biji lada kering, dikisar
  • 3 biji cili api, hiris nipis
  • 1 sudu besar mayonis (optional)
  • minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Asam jawa 
resepi sardin roll mudah, cara membuat pastri, bahan-bahan sardin roll, menu minum petang
cara-cara penyediaan sardin roll

Cara penyediaan pastri:
  1. Gaulkan tepung gandum, garam dan mentega sehingga sebati dan menjadi tekstur seperti serbuk roti. Tidak mengapa jika ada sedikit ketulan-ketulan kecil mentega.
  2. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 15-30 minit.
  4. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, uli doh kepada bentuk bebola.
  5. Gunakan rolling pin atau kayu penguli dan uli doh sehingga menjadi nipis. Sudukan inti sardin secara memanjang dan gulung pastri. Gamkan bahagian hujung dengan telur dan picit di bahagian hujung supaya tidak terbuka.
  6. Goreng di dalam minyak yang panas, di atas api sederhana sehingga kekuningan.

Cara untuk memasak inti sardin:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi, bawang besar yang dipotong dadu dan kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan kentang diikuti sardin bersama kuahnya sekali. Masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi sedikit kering.
  3. Masukkan pula asam jawa, garam dan gula dan kacau sebati. Angkat dan sejukkan. (disebabkan MD tak gune mayonis, so gantikan dengan asam jawa)
  4. Hancurkan isi sardin **Jika ingin campurkan mayonis boleh gaulkan sekali ketika isi sardin dihancurkan 
SELAMAT MENCUBA.. :)

Wassalam

You May Also Like

1 Luahan Hearty

Categories

giveaway (74) resepi (74) kisah aku (68) review (62) info (58) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)