TIPS MUDAH UNTUK MENCERAHKAN BELAKANG KUALI / PERIUK BELANGA YANG BERKERAK

by - April 10, 2016

TIPS MUDAH UNTUK MENCERAHKAN BELAKANG KUALI / PERIUK BELANGA YANG HITAM

Cara-cara / Tips nak bersihkan belakang kuali / periuk belanga yang berkerak, mencerahkan cerek yang hitam, petua puan kalaivani vj
Assalammualaikum Dunia...

Tertarik dengan satu perkongsian daripada seorang member dari group FB "Masak Apa Hari Ini, Puan Kalaivani VJ berkaitan Tips mudah untuk bersihkan belakang kuali / periuk yang berkerak...

Setelah berbulan ia menjadi viral, baru semalam (Sabtu) MD berkesempatan mencuba sendiri dekat bontot cerek Mak yang sangat sangattttt hitam... nak tau tak, memang sangat berkesan hokay... tak perlu sental dengan sepenuh tenaga... cukup sekadar gosok sikit sikit je... segala hitam hitam, kerak akan tertanggal dengan mudah... 

Cara-cara / Tips nak bersihkan belakang kuali / periuk belanga yang berkerak :-

1. Rebus 8 keping asam keping dalam periuk yang besar sehingga mendidih...
2. Masukkan kuali / periuk belanga didalam air asam yang mendidih itu selama 4-5 minit...
3. Angkat kuali / periuk belanga, sejukkan dan gosokkan dengan menggunakan sabun...
4. Kurangkan penggunaan air ketika menyental kuali / periuk belanga...
5. Tada... korang akan nampak hasilnya... (macam pic diatas)

SELAMAT MENCUBA.. :)

P/S : Terima kasih Puan Kalaivani VJ atas tips yang sangatt mudah dan berguna ni... May ALLAH bless u.. :)

Wassalam

You May Also Like

2 Luahan Hearty

  1. Owh.. Guna asam ni... Mmg betul berkesan...

    ReplyDelete
  2. wah bagusla tip ini..

    kat tempat saya ada kuali yang cukup degil untuk disental cara biasa..

    dengan tip ini boleh dicuba pula keberkesannya..

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (74) kisah aku (69) review (62) info (59) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)