AL-QURAN AL-MUMAYYAZ RUJUKAN TERBAIK BAGI TUJUAN PEMBELAJARAN

AL-QURAN AL-MUMAYYAZ RUJUKAN TERBAIK BAGI TUJUAN PEMBELAJARAN

al quran al mumayyaz, keleibhan, ciri-ciri, the violet sofia

Assalammualaikum Dunia..

Al-Quran Al-Mumayyaz sangat berguna dalam membantu memudahkan pembelajaran bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengenali Al-Quran seperti saudara baru a.k.a mualaf dan juga kanak-kanak....

CIRI-CIRI AL-QURAN AL-MUMAYYAZ

✔ Khat Utsman Thaha
✔ Tajwid Warna
✔ Transliterasi Per Kata
✔ Terjemah Per Kata
✔ Terjemah Per Ayat
✔ Asbabun Nuzul
✔ Etika Membaca Al-Quran
✔ Indeks Doa dalam Al-Quran
✔ Indeks Alfabet
✔ Sejarah Pengumpulan Al-Quran
✔ Panduan Hukum Tajwid



KELEBIHAN AL-QURAN AL-MUMAYYAZ


a) Transliterasi per kata dapat membantu pembaca yang kurang mahir berbahasa Arab MENGENALI cara pembacaan teks Al-Quran dalam bahasa rumi serta tulisan yang jelas dan terang kerana menggunakan tulisan khat Uthman Thaha.

b) Index Al-Quran dapat memudahkan PENCARIAN SURAH-SURAH dalam Al Quran.

c) Terjemahan per kata dan per ayat dapat membantu pembaca lebih MEMAHAMI MAKSUD ayat suci al quran kerana ada penceritaan ringkas di setiap surah dalam al-Quran (asbabun nuzul ).

d) Menimbulkan rasa SERONOK dan MENINGKATKAN DAYA INGATAN tentang hukum tajwid ketika membaca kerana disertakan penandaan hukum tajwid berbeza warna pada setiap ayat.

e). MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN pembaca dengan adanya info berkaitan Tanda Waqaf, Tanda Sifir dan Doa Sujud Tilawah.

f). Dikeluarkan dalam 2 saiz iaitu saiz A4 dan saiz A5 dengan HARGA MAMPU MILIK.

g). Sangat praktikal untuk DIWAKAFKAN atau dijadikan HADIAH disamping dapat dijadikan saham akhirat.


Walaubagaimanapun, bagi sebarang proses pembelajaran al-Quran perlulah bertalaqqi dengan guru supaya sebarang kesalahan dapat ditegur secara langsung oleh guru tersebut. Kepada yang sudah mahir membaca al-Quran, tidak perlulah membaca transliterasi al-Quran untuk mengelak sebutan makhraj yang kurang tepat.  

Banyak manfaat yang boleh didapati daripada terjemahan dan informasi lain yang terdapat dalam al-Quran al-Mumayyaz ini seperti yang telah dinyatakan kelebihan diatas. Al-Quran al-Mumayyaz ini harus dijadikan rujukan selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.  

AL-QURAN AL-MUMAYYAZ RUJUKAN TERBAIK BAGI TUJUAN PEMBELAJARAN AL-QURAN AL-MUMAYYAZ RUJUKAN TERBAIK BAGI TUJUAN PEMBELAJARAN Reviewed by MasturaDin on April 25, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.