MERAWAT DIRI MENGGUNAKAN RAWATAN SEMULAJADI DI YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE

MERAWAT DIRI MENGGUNAKAN RAWATAN SEMULAJADI DI YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE

pusat naturopati yusmizee, yusmizee naturopathic centre, rawatan resdung, alamat


Assalammualaikum Dunia...

Ingat lagi tak entri saya mengenai perubatan Naturopati  ni... boleh rujuk untuk info lanjut >>>> PERUBATAN NATUROPATI


Meh MD explain sekali lagi apa itu perubatan Naturopati?
Naturopati adalah perubatan tanpa menggunakan bahan terlarang (dadah), bahan kimia dan tanpa melibatkan pembedahan. Semua rawatan semulajadi adalah naturopati. 

Salah sebuah pusat rawatan Naturopati yang mula mendapat tempat dihati masyarakat adalah Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka. Yusmizee Naturopathic Centre ini merupakan sebuah pusat rawatan yang diiktiraf dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Antara kaedah rawatan naturopati yang disediakan di Yusmizee Naturopathic Centre seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang Pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis, Penawar Herba Homeopati dan Rawatan Resdung.

Kalau korang nak tau, Blogger PCL dari www.nazlee.com merupakan salah seorang pesakit resdung yang telah mendapatkan rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre dan ini apa yang dikomennya... :)



TANDA-TANDA PENYAKIT YANG BOLEH DI RAWAT DI YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE

pusat naturopati yusmizee, yusmizee naturopathic centre, rawatan resdung, alamat

So bagi anda-anda semua yang mempunyai tanda-tanda seperti dalam gambar di atas, bolehlah segera mendapatkan rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre kerana perubatan Naturopati ini lebih kepada mengawal punca penyakit, dan melibatkan perubahan cara hidup dari awal demi menjaga sebuah kesihatan. 
Selain itu, rawatan ini secara semulajadi dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh menggunakan vitamin dan mineral dan lain-lain sumber semula jadi yang mana ia membantu tubuh kita menyembuhkan dirinya sendiri.

Sebelum kita pergi kepada perubatan moden, adalah disarankan agar kita mengamalkan perubatan naturopathic bagi mencegah penyakit-penyakit biasa atau penyakit kronik. Dunia lebih sihat bila kita semua sihat, tanpa ubat. Bak kata pepatah "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"...


Jika anda inginkan keterangan yang lebih detail lagi boleh hubungi :-

Pengasas : Dr N Yusmizee bin Yusoff               
Tel              : 012-3556736
Alamat   : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah, Melaka

Wassalam
MERAWAT DIRI MENGGUNAKAN RAWATAN SEMULAJADI DI YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE MERAWAT DIRI MENGGUNAKAN RAWATAN SEMULAJADI DI YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE Reviewed by MasturaDin on March 29, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. Boleh cuba bagi yang menghidapi penyakit ini..mana tahu berjaya disembuhkan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.