[MENU SARAPAN SIMPLE] LEMPENG ROTI CICAH SAMBAL TUMIS CILI PADI

[MENU SARAPAN SIMPLE] LEMPENG ROTI CICAH SAMBAL TUMIS CILI PADI

menu sarapan mudah, simple, lempeng roti, sambal tumis cili padi, bahan-bahan, resepi, cara membuat

Assalammualaikum Dunia...

Bile otak dah tak boleh proses, tak tau nak sediakan breakfast ape untuk Atok terchenta dan memandangkan roti ade tak luak maka terhasillah lempeng roti ni... hehehe... 

Lempeng?... Kalau dah ade lempeng tak sah kalau takde sambal tumiskan... Dan disebabkan Atok suke pedas,so MD buatkan sambal tumis cili padi... dia punye pedas memang terangkatlah.. tambah-tambah dicicah dengan lempeng, memang marveles giteww... nyum nyum...

BAHAN-BAHAN LEMPENG ROTI

1. 2 keping roti
2. Tepung gandum secukupnya
3. Garam
4. Air
5. Minyak

CARA-CARA MEMBUAT LEMPENG ROTI

1. Rendamkan roti didalam air sehingga kembang
2. Masukkan tepung gandum dan garam, gaul sebati.. (Agak-agak, tak pekat sangat, tak cair sangat)
3. Panaskan kuali dan oleskan minyak, kemudian boleh start melempeng... (Ulang sehingga habis)

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS CILI PADI

1. 15 biji cili padi merah
2. 2 biji bawang besar
3. 1 ulas bawang putih
4. Segenggam ikan bilis
5. Asam jawa / asam keping
6. Garam
7. Serbuk perasa
8. Air 
9. Minyak
10. Telur- Optional
11. Gula

CARA-CARA MEMASAK SAMBAL TUMIS CILI PADI

1. Blenderkan cili padi, sebiji bawang besar dan bawang putih...
2. Panaskan minyak... Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan yang diblender tadi...
3. Tumis sehingga garing.. Bila sambal dah naik minyak dan berbau harum, masukkan air asam jawa / asam keping, hirisan bawang, gula, garam, serbuk perasa dan ikan bilis...
4. Masakkan sehingga betul-betul kering dan boleh pecahkan telur (jika mahu).. Jika tidak mahu pecahkan telur dah masak tu boleh tutup api terus...
5. Sedia untuk dihidang..

SELAMAT MENCUBA.. :)
Wassalam
[MENU SARAPAN SIMPLE] LEMPENG ROTI CICAH SAMBAL TUMIS CILI PADI [MENU SARAPAN SIMPLE] LEMPENG ROTI CICAH SAMBAL TUMIS CILI PADI Reviewed by MasturaDin on March 10, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. lempeng. bila dikawinkan dgn sambal tumis...
    memang la syorga dunia !!!
    terbaik.
    mak mertua aida pandai melempeng. lempeng kelapa.
    mak aii rindu nyer. skang mak mertua da kurang sihat.
    aida la yg gerak di dapur. jarang sgt dpt merasa air tgn mak mertua dah :( sob sob

    ReplyDelete

Powered by Blogger.