TAPAK SEWA IKLAN

TAPAK SEWA IKLAN

Tuesday, 15 March 2016

CARA MEMBUAT HOMEMADE SOSEJ AYAM

HOMEMADE SOSEJ AYAM


cara membuat homemade sosej ayam, chicken sausage,  bahan-bahan, resepi
 Assalammualaikum Dunia...

Malam tadi tetibe pulak mood rajin ON... mule-mule ingat nak buat nugget untuk kudap-kudapan adik Ameer dengan Uwais tapi tak jadi sebab terdengar adik Ameer kate siang tu dia dah makan nugget...

So hasil dari men'google' terjumpa resepi homemade sosej di blog sukarun.com... maka, di malam hari terhasillah homemade sosej ayam buat santapan di pagi hari ini...hehehe... tapi sosej kite sedey sikit, lada hitam tak lumat.. tengah blender tetibe si kecik Uwais mai sibuk nak tolong blender gak...bile makan tu terase sebiji-sebiji lada hitamnye.. hahahaha

BAHAN-BAHAN HOMEMADE SOSEJ AYAM

1.Isi ayam
2.Bawang besar
3.Bawang putih
4. Lada hitam 
5. Carrot 1 batang – dipotong dadu
6. Tepung ubi 1 sudu (MD guna tepung gandum je).
7. Garam 
8. Plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit / daun pisang
9. Serbuk perasa 
** Kalau nak letak cheese, oregano, serbuk lada putih pun boleh


CARA-CARA MEMBUAT HOMEMADE SOSEJ AYAM

cara membuat homemade sosej ayam, chicken sausage,  bahan-bahan, resepi
    1. Blendkan daging ayam, bawang besar, bawang putih, lada hitam dan carrot dan masukkan kedalam bekas.. (MD gune blender kering)

    2. Tambahkan garam, serbuk perasa dan tepung. Gaul sebati. (NO.1)

    3.  Bentangkan aluminium foil / plastik wrap/ daun kunyit/ daun pisang kemudian leperkan adunan tadi diatasnya dan gulungkan padat-padat. (NO.2)

    4.  Ikat kedua-dua hujung dengan benang / getah. – dalam kes MD guna aluminium foil so just lipatkan je hujung tu. (NO.3)

    5. Jika bungkus menggunakan aluminum foil / daun boleh terus rebus atau kukus.(NO.5).. Jika guna plastik wrap perlu dibekukan dahulu semalaman untuk dapatkan bentuk sosej tu. Bila dah beku, buka plastik tadi baru rebus / kukus. * Jangan rebus dengan plastik untuk mengelakkan bahan kimia pada plastik tu memudaratkan kita pulak. (Ulang sampai adunan habis)

    6.  Dah siap rebus / kukus boleh simpan dalam freezer atau boleh digoreng terus. (NO.6)

    7.   Sedap dihidang bersama sos atau mayonis.

    SELAMAT MENCUBA :)
    Wassalam

8 comments:

  1. Waah... salutelah kakak tengok sebab kakak memang tak pernah terfikir utk buat sendiri
    Impressive sangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok semua bahan ade tu yang teringin nak try..hehehe

      Delete
  2. kalau ikutkan resepi tu..tak la susah sangat nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang je buatnye..try ler.. :)

      Delete
  3. Boleh cuba ni.. Buat sendiri puas hati. =) kebersihan pun terjamin.
    Salam perkenalan..

    ReplyDelete
  4. salam..
    wahh menarik ni..
    tq share recp ^_^

    ReplyDelete
  5. Sedapnya yang penting terjaga kebersihan dia kan. Boleh lah ana cuba resepi ni utk anak bujang ana. 😊

    ReplyDelete

PERMATA EMAS

Pengomen Terbanyak

CORETAN EMAS

PENEROKA EMAS