RESEPI SPAGHETTI MASAK MENANGIS

by - February 02, 2016

RESEPI SPAGHETTI MASAK MENANGIS

resepi spaghetti, bahan-bahan, cara-cara, spaghetti versi melayu

Assalammualaikum Dunia...

Breakfast semalam MD masak spaghetti.. Memandangkan ade Atok dekat rumah dan Atok suke makan pedas-pedas so MD decide untuk masak spaghetti pedas kaw kaw, berapi meletup giteww..hehehe...

Hahahaha..(gelak dulu even tak kelakar).. kenape name menu ni spaghetti masak menangis?.. sebabnya masa abang ipar MD makan, MD dengar mak dengan Atok duk gelak-gelak dekat luar sambil cakap abang ipar MD sampai menangis makan spaghetti tu.. Pastu mak cakap "Ni namanye Spaghetti Masak Menangis"... hahahahaha.. sian semua orang... Maka dengan ini MD namakannya "Spaghetti Masak Menangis".. hihihi..kalau ada yang nak try boleh amek resepi ni.. hehehe..

BAHAN-BAHAN SPAGHETTI MASAK MENANGIS

3/4 bungkus Spaghetti (tak kisah brand apa)
segenggam ikan bilis
12 biji cili padi merah
1/2 batang lobak merah
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Tomato puree
Sos cili
Kicap
Garam (Secukupnya)
Serbuk Perasa
Minyak
Air

CARA-CARA MEMBUAT SPAGHETTI MASAK MENANGIS

1. Rebus spaghetti sehingga kembang dan toskan...
2. Kisar cili padi merah, bawang besar (1 biji), bawang putih, ikan bilis dan tomato puree...
3. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.. 
4. Masukkan sos cili, kicap, air, lobak merah, bawang besar (potong dadu), garam, serbuk perasa dan spaghetti dan kacau sehingga masak...
5. Tutup api dan sedia untuk dihidang...

SELAMAT MENCUBA.. :)


Wassalam




You May Also Like

8 Luahan Hearty

  1. alahai...sampai menangis makan eh..sure x tahan pedas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun dia jenis tak tahan pedas kak SA..Hihi

      Delete
  2. Huh! 12 biji cili padi merah memang meletop tu Mas:)

    ReplyDelete
  3. kenapa spagheti tu menangisss :(

    ReplyDelete
  4. Lagi pedas lagi sedap kan.. ;) tapi kesian pulak pada anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerlah..kalau ade anak2 kena masakkan berasingan yg tak pedas utk dorg..hehe

      Delete
  5. ada gambor tak ni...? ke saya sorang yg x nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adududu... baru perasan gambarnya udah rosak Pak.. nnt akan dimasukkn semula yer..

      Delete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)