[RESEPI BONDE] LAKSA JOHOR IDAMAN KALBU

[RESEPI BONDE] LAKSA JOHOR IDAMAN KALBU

resepi laksa johor, mudah, bahan-bahan, cara-cara, resepi spaghetti, resepi bonde, idaman kalbu
Assalammualaikum Dunia... 

Dua malam lepas balik rumah je tengok jeng jeng jeng... Mak dah masakkan laksa johor idaman kalbuku... hehehe

Sebelum ni pernah mintak resepi dekat Mak so bolehlah MD sharekan dekat sini.. sesiapa nak try bolehlah.. :)

BAHAN-BAHAN MEE LAKSA

1. Spaghetti
2. Sedikit minyak masak
3. Air


CARA-CARA MENCELUR / MEREBUS MEE LAKSA

1. Masukkan air dalam periuk, masukkan spaghetti secukupnya dan sedikit minyak agar spaghetti tidak melekat...
2. Celur / rebus sehingga spaghetti lembut...
3. Angkat, siram sedikit air sejuk dan toskan...

BAHAN-BAHAN KUAH SPAGHETTI

1. Ikan tongkol atau sewaktu dengannya
2. Bawang merah kecil
3. Bawang putih
4. Serai
5. Lengkuas
6. Halia
7. Udang kering / ikan bilis
8. Rempah kari ikan
9. Santan
10. Kerisik
11. Asam keping
13. Garam
14. Serbuk perasa
15. Minyak
16. Air

CARA-CARA MEMASAK KUAH SPAGHETTI

1. Rebus ikan, kemudian asingkan isi dengan tulang.. (ambil isi sahaja)... blendkan isi ikan tadi dengan air rebusan ikan.. **jangan buang air rebusan ikan.. 
2. Blenderkan bawang putih, bawang merah kecil, serai, lengkuas, halia dan udang kering/ ikan bilis...
3. Panaskan minyak dan tumis bahan (2.) sehingga garing...
4. Masukkan santan, ikan yang telah diblender, kerisik, asam keping, garam dan serbuk perasa...
5. Kacau-kacau sehingga mendidih dan tutup api...

BAHAN-BAHAN HIASAN

1. Daun kesum - Hiris halus-halus2. Daun selasih - Hiris halus-halus
3. Bawang besar - Hiris halus-halus
4. Timun - Hiris halus-halus
5. Limau kasturi - Belah dua
6. Sambal belacan

Akhir sekali, masukkan spaghetti kedalam pinggan, letakkan kuah dan taburkan segala bahan hiasan yang ade.. Sedia untuk dimakan.. psstt... laksa johor ni sangat sedap dimakan dengan menggunakan tangan tanpa sudu dan garfu.. ^_^

SELAMAT MENCUBA...

Wassalam


[RESEPI BONDE] LAKSA JOHOR IDAMAN KALBU [RESEPI BONDE] LAKSA JOHOR IDAMAN KALBU Reviewed by MasturaDin on February 26, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. Sedap nih... My peberet... :-)

    ReplyDelete
  2. Peberet saya ni ! nyumss..



    Jemput segmen saya ye nanti
    http://www.azlindaalin.com/2016/02/segmen-bloglists-azlindaalincom-mac-2016.html

    ReplyDelete
  3. MASSS, GHINDUNYERR NAK MAKAN KAU MASAKKK

    DULU KAU MASAK MEREPEK-REPEK LIKE PANCAKE MILO PON SEDAP GAK.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.