[RESEPI BONDE] LAKSA JOHOR IDAMAN KALBU
Assalammualaikum Dunia...Dua malam lepas balik rumah je tengok jeng jeng jeng... Mak dah masakkan laksa johor idaman kalbuku... hehehe
Sebelum ni pernah mintak resepi dekat Mak so bolehlah MD sharekan dekat sini.. sesiapa nak try bolehlah.. :)
BAHAN-BAHAN MEE LAKSA
1. Spaghetti2. Sedikit minyak masak
3. Air
CARA-CARA MENCELUR / MEREBUS MEE LAKSA
1. Masukkan air dalam periuk, masukkan spaghetti secukupnya dan sedikit minyak agar spaghetti tidak melekat...2. Celur / rebus sehingga spaghetti lembut...
3. Angkat, siram sedikit air sejuk dan toskan...
BAHAN-BAHAN KUAH SPAGHETTI
1. Ikan tongkol atau sewaktu dengannya2. Bawang merah kecil
3. Bawang putih
4. Serai
5. Lengkuas
6. Halia
7. Udang kering / ikan bilis
8. Rempah kari ikan
9. Santan
10. Kerisik
11. Asam keping
13. Garam
14. Serbuk perasa
15. Minyak
16. Air
CARA-CARA MEMASAK KUAH SPAGHETTI
1. Rebus ikan, kemudian asingkan isi dengan tulang.. (ambil isi sahaja)... blendkan isi ikan tadi dengan air rebusan ikan.. **jangan buang air rebusan ikan..2. Blenderkan bawang putih, bawang merah kecil, serai, lengkuas, halia dan udang kering/ ikan bilis...
3. Panaskan minyak dan tumis bahan (2.) sehingga garing...
4. Masukkan santan, ikan yang telah diblender, kerisik, asam keping, garam dan serbuk perasa...
5. Kacau-kacau sehingga mendidih dan tutup api...
BAHAN-BAHAN HIASAN
1. Daun kesum - Hiris halus-halus2. Daun selasih - Hiris halus-halus3. Bawang besar - Hiris halus-halus
4. Timun - Hiris halus-halus
5. Limau kasturi - Belah dua
6. Sambal belacan
Akhir sekali, masukkan spaghetti kedalam pinggan, letakkan kuah dan taburkan segala bahan hiasan yang ade.. Sedia untuk dimakan.. psstt... laksa johor ni sangat sedap dimakan dengan menggunakan tangan tanpa sudu dan garfu.. ^_^
SELAMAT MENCUBA...
Wassalam
Sedap nih... My peberet... :-)
ReplyDeletePeberet saya ni ! nyumss..
ReplyDeleteJemput segmen saya ye nanti
http://www.azlindaalin.com/2016/02/segmen-bloglists-azlindaalincom-mac-2016.html
MASSS, GHINDUNYERR NAK MAKAN KAU MASAKKK
ReplyDeleteDULU KAU MASAK MEREPEK-REPEK LIKE PANCAKE MILO PON SEDAP GAK.