PETUA MUDAH MENCUCI BARANG KEMAS

by - January 19, 2016

PETUA MUDAH MENCUCI BARANG KEMAS

cara mencuci barang kemas, membersihkan, petua, cara mudah, cincin, gelang, rantai emas, jewellery
GOOGLE
Assalammualaikum Dunia...

Bagi kaum hawa, para ibu, wanita-wanita semua majoriti daripada korang tak banyak sikit tentu  ade barang kemas kan.. paling koro pun tentu ade sebutir cincin belah rotan.. kan kan...


Perasan tak?.. bile kite dah pakai cincin ke gelang ke rantai ke buat basahan hari-hari warna emas tu dah tak bling bling kan.. maybe sebab ade daki-daki kite terlekat kat situ atau ape pun kotoran yang melekat dekat barang kemas kite tu.. So sebagai penyelesaiannye takyah susah-susah pi cuci dekat kedai emas.. Korang boleh cuci sendiri dekat rumah.. boleh pilih salah satu cara dekat bawah ni.. mudah, senang dan puas hati.. hehehe

CARA-CARA MENCUCI BARANG KEMAS

1. Air suam :

Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam. Berus dengan berus gigi dan ubat gigi. Bilas bersih dan rendam dalam air selama beberapa jam. Sejatkan di atas kain kering.

2. Air suam dan asam gelugur :

Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping). Biarkan selama 4 jam. Bilas dengan air bersih dan sejatkan di atas kain kering.

3. Air asam jawa dan jus limau nipis :

Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.

4. Teh cina

Rendam teh cina semalaman. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.

Selamat Mencuba :)

Sumber : Group TaukeEmas

Wassalam

You May Also Like

3 Luahan Hearty

  1. Entah bilalah kakak rajin nak buat semua tu Mas:)

    ReplyDelete
  2. TQ kak MASSS! mmg nk cuci rantai. dh lebam dah!

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (74) kisah aku (68) review (62) info (58) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)