RESEPI ROTI POKET DORAEMON BERINTI

by - December 09, 2015

RESEPI ROTI POKET DORAEMON BERINTI

resepi roti poket doremon berinti, inti kebab, cara membuat homemade serbuk roti, breadcrumps, bahan-bahan, cara-cara, roti doremon


Assalammualaikum Dunia...
Hokay, hujung minggu lepas disebabkan ada lebihan roti yang hampir-hampir expired dan mood rajin ter ON, maka terhasillah roti poket doremon berinti ni.. hehehe.. Jom tengok ape resepinya... :)

BAHAN-BAHAN UNTUK ROTI POKET DOREMON

10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur 
Serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ Saya guna homemade serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI KEBAB

Daging /  Ayam ~ Dipotong Dadu 
1 biji bawang besar ~ Dicincang
2 ulas bawang putih ~ Dicincang
1 biji timun ~ Disagat
1/2 biji sengkuang ~ Disagat (Optional)
2 biji tomato ~ Dipotong Dadu
Sos cili 
Kicap Manis
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan Serbuk perasa

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT ROTI POKET DOREMON

1. Canai/gelek roti dengan kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis.
2. Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dengan bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yang sepadan dengan saiz roti). Buat hingga habis.
3. Dengan menggunakan berus, sapu telur yang sudah dikocok pada keseluruhan roti.
4. Kemudian salutkan roti tadi dgn breadcrumbs/homemade serbuk roti hingga rata.
5. Goreng roti dalam minyak yang sudah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. In sha ALLAH roti akan mengelembung ketika menggoreng.

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT INTI KEBAB

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah yang sudah dicincang sehingga garing...
2. Masukkan isi ayam / daging yang sudah dipotong dadu...
3. Masukkan sos cili, kicap, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa...
4. Akhir sekali masukkan timun, sengkuang dan tomato.. ratakan sehingga masak dan tutup api...

CARA MEMASUKKAN INTI KEBAB KE DALAM POKET DOREMON

1. Dengan menggunakan pisau / gunting yang tajam, potong 2 roti yang telah digoreng tadi.
2. Ambil sedikit inti kebab dan isikan ke dalam roti tersebut.
3. Ulang sehingga habis.
4. Hidangkan atas pinggan dan sedia untuk di MAKAN...

CARA MEMBUAT HOMEMADE SERBUK ROTI / BREADCRUMPS

resepi roti poket doremon berinti, inti kebab, cara membuat homemade serbuk roti, breadcrumps, bahan-bahan, cara-cara, roti doremon

1.Lebihan roti dipotong-potong kecil..(seperti pic diatas) 
2.Bakarkan dalam suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 20-30minit..
3.Blendkan menggunakan blender kering... 
4.Siap dan boleh digunakan untuk disalut pada roti...

SELAMAT MENCUBA.. !! .:)

Wassalam

You May Also Like

3 Luahan Hearty

  1. kak mas buatkan satu utk kc plis hahaha

    kc tag kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/12/buku-fixi-giveaway-by-yaya.html

    ReplyDelete
  2. comelnya nama dia.. roti poket doremon =)

    ReplyDelete
  3. Kebetulan baru beli roti semalam, nanti nak try

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (56) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)