CARA MEMBUAT HOMEMADE MEE KUNING YANG SUPER SIMPLE

Assalammualaikum Dunia...Macam biasalah kan, bila ade resepi baru yang mudah dan sedap dekat group masakan Facebook, MD pun akan tergedik-gedik nak try.. hihihi...Kalini kite try buat homemade mee kuning yer kawan-kawan... Homemade mee kuning ni sangat terjamin prosesnya kerana ia tidak menggunakan bahan pengawet dan tiada campuran kapur seperti mee yang dibeli dikedai atau pasaraya...

CARA MEMBUAT HOMEMADE MEE KUNING YANG SUPER SIMPLE

homemade mee kuning, cara membuat, resepi mee kuning homemade,


Mudah sangat rupanya cume mase nak memotong je ambil masa sikit sebab buat secara manual.. takde mesin khas... bahan yang digunakan pun mudah dicari hokay... Tanpa membuang mase (chewahh giteww) jom kite tengok ape bahan-bahannya.. :)

BAHAN-BAHAN MEMBUAT HOMEMADE MEE KUNING

1. 250gram  tepung gandum
2. 120ml air suam
3. 2,3 titis pewarna kuning
4. Minyak Masak
5. Sedikit Garam


CARA MEMBUAT HOMEMADE MEE KUNING

homemade mee kuning, cara membuat, resepi mee kuning homemade,

1. Campurkan tepung gandum, air suam dan pewarna kuning dan ulikan sehingga menjadi doh... (gambar no 1)

2. Bahagikan kepada 3 bahagian (tujuannya agar senang untuk dicanai sebab pakai manual if ada mesin mee senang je)  hehehe..

3. Gelek-gelekkan sampai nipis kemudian potong halus-halus sampai habis.. 'MD potong tersenget-senget, ade besau ade kecik sebab takde pembaris khas untuk memasak'.. hihihi..(gambar no 2)

4. Didihkan air dan masukkan 2 sudu makan minyak masak supaya mee tidak melekat.beserta sedikit garam.. Apabila air sudah mendidih celurkan mee yang sudah dipotong-potong tadi lebih kurang dalam 5 minit. (gambar no 3)

5. Akhir sekali boleh lah ditoskan dan mee anda sedia untuk digoreng... (gambar no 4)

Selamat Mencuba.. :)

sumber : group Masakan FB

Wassalam

😍
CARA MEMBUAT HOMEMADE MEE KUNING YANG SUPER SIMPLE CARA MEMBUAT HOMEMADE MEE KUNING YANG SUPER SIMPLE Reviewed by MasturaDin on December 29, 2015 Rating: 5

10 comments:

  1. pasni kena beli mesin tu mas, mesti cun mee kuning mas.

    ReplyDelete
  2. perghhh baru tahu mee kuning boleh buat home made jugak

    ReplyDelete
  3. alahai mudah sangat ..bersih lagi halal terjamin.

    ReplyDelete
  4. kalau tak letak pewarna kuning tu pun boleh gak kan Mas...? hehehehee.. sedapnya kalau buat dengan titik peluh sendiri kan.. :)

    errr...tapi jangan campurkan peluh plak... lolzz.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kak Ain tak letak pewarna..nnt goreng taknampak dah warna tu... hehehe

      hahaha..peluh menitik2 atas tepung..

      Delete
  5. kena rajin kak.. bru boleh buat.. tp diyakini selmat kan

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try buat. Huhi.

    ReplyDelete
  7. Bagus buat Mee sendiri lebih selamat
    Perkongsian yang baik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.