Assalammualaikum Dunia...Cuti-cuti ni, biasa nya dipenuhi dengan aktiviti makan dari celik mate sampai pejam mate.. So nak mengelakkan berat badan naik dan untuk membuang segala sisa toksik dalam badan, kite amalkan minum jus daun belalai gajah bersama epal hijau.. Yup, kesan penghadamannya sangat menakjubkan..semakin banyak kite makan, semakin banyak yang keluar.. tak jadi darah daging hokay!!.. hehe.. jom kite sharekan bahan & cara menyediakan jus daun belalai gajah bersama epal hijau...
JUS DAUN BELALAI GAJAH
Bahan-bahan
20 helai daun belalai gajah
1 biji epal hijau
1 gelas air mineral
Caranya
1. Kesemua bahan diblender sehingga hancur dan tuang didalam gelas..
2. Sedia untuk diminum...
**Seeloknya diminum sebelum sarapan..
KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH
Daun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG). Ia mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia...Khasiat daun ini :-
1. Mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes,
2. Mengurangkan risiko salur darah tersumbat
3. Membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan
KHASIAT EPAL HIJAU
Epal hijau mampu membantu dalam mencegah :-
1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
sumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130901/kn_02/Khasiat-daun-belalai-gajah
http://blog.mohdisa.com/khasiat-epal-hijau.html
Wassalam
Nice sharing..terima kasih ye..tak pernah cuba lagi bland dengan daun belalai gajah tu..
ReplyDeletedaun belalai gajah tu cmne pulak rupanya mas..tunjuk skit..nnti nk cri
ReplyDeletedaun belalai gajah tu cmne pulak rupanya mas..tunjuk skit..nnti nk cri
ReplyDeletex pernah tgk daun belalai gajah ni.. hehe
ReplyDeleteEntry terkini "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
pahit x?
ReplyDeletebagus jus ni....KG mmg suka buat jus2 ni...
ReplyDeletesaya dah makan daun belalai gajah. Tapi rasa macam di tipu!
ReplyDeletedaunnye kecik! tang mana belalainya, tang mana gajahnya?
kikikiiiii
jgn marah da....
menarik! rasa macam pernah dengar sebelum ni daun belalai gajah. lepas ni kalau jumpa boleh la try hehe
ReplyDeleteAishah