MARI BANTU RAKAN BLOGGER DALAM KESUSAHAN

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Tadi terbaca di blog Haziq kak Eny Abdullah mengenai seorang blogger yang memerlukan bantuan. 


Blogger tersebut ialah Kak Alia Haryanie yang kini sedang struggle dengan penyakit kanser beliau, disamping membesarkan 2 anak dan menjaga ibunya yang sakit. Saya ada terbaca tadi rumah emak Kak Alia hampir dilelong pihak bank.


Ya Allah, di dalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ni marilah kita panjangkan mesej ini sesama ukhwah blogger kita agar dapat membantu Kak Alia sedikit sebanyak.


Untuk pengetahuan semua Kak Alia ada buat jualan pelbagai jenis serunding untuk menampung perbelanjaan beliau sekeluarga. Jom kita membeli sambil membantu beliau.




Untuk membuat pembelian bolehla ke blog beliau di http://aliaharyanie.blogspot.com/

"Bersama kita hulurkan tangan & ringankan beban"..


Wassalam

MARI BANTU RAKAN BLOGGER DALAM KESUSAHAN MARI BANTU RAKAN BLOGGER DALAM KESUSAHAN Reviewed by MasturaDin on July 14, 2015 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.