#CABARAN20HARI NOSTALGIA KAD RAYA

by - July 14, 2015


Assalammualaikum  & Selamat Sejahtera..



#Cabaran20hari Nostalgia Kad Raya

Dulu-dulu kalau dapat kad raya kemain teruja nya kan... Seronok bak ang.. Dah dapat tu siap gantung-gantung kat pokok bunga mak lagi.. siap kira siapa yang dapat banyak.. hihihi.. yang best bila pergi beraya rumah orang, sibuk je nak baca kad-kad raya yang digantung atau ditampal kan.. rindu zaman tu.. 

Sejak-sejak gadget semakin berleluasa ni , pemberian dan penerimaan kad raya sudah semakin pupus.. kadang-kadang tu bila raya takde terus dapat kad raya..sadis sungguh lahai...

Cara mengabadikan kad raya yang diterima

#cabaran20hari, nostalgia kad raya, kad raya dulu-dulu
*sumber facebook

Setelah sekian lama tak dapat kad raya, akhirnya 2015 merasa gak dapat kad raya... Terima Kasih Kak Suria Amanda sudi bagi kita kad raya yang somel ni.. :)..


#CABARAN20HARI, NOSTALGIA KAD RAYA, suria amanda, blogger
Pemberian Kak SA

Masih ingat lagi, dulu kalau nak bagi kawan-kawan kad raya akhir kata tu tentu tulis pantun dua rangkap :


Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas....


Alhamdulillah, walaupun dah nak masuk 3series tetap dapat duit raya lagi daripada sepupu tersayang.. duit raya pertama tahun ni.. hehehe.. terima kasih Cik De Yan bagi kite duit raya ni... muah sikit.. 

#CABARAN20HAR,I NOSTALGIA KAD RAYA, duit raya
Duit Raya Pertama 2015

Wassalam

You May Also Like

1 Luahan Hearty

  1. singgah blogwalking sebelum raya ...hehehe

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (72) kisah aku (67) review (60) info (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)