Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
#Cabaran20hari Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak
Memori Raya Zaman Kanak-kanak di era 90an lebih meriah dan seronok berbanding zaman kini... Kalau korang perasan zaman milenium ni bila tiba hari raya, sambutan hari raya seperti berkunjung ke rumah saudara mara, jiran tetangga sudah semakin berkurang... Ini kerana kehadiran rancangan hiburan yang memenuhi ruang television dan game-game yang memenuhi setiap gadget menyebabkan ramai kanak-kanak malas untuk pergi beraya...
Memori raya di zaman 90 an yang MD tak dapat lupakan ialah pukul 6.30 kiteorang semua dah dikerah bangun "bangun bangun, hari ni raya...raya tak boleh bangun lambat-lambat".. Lepas mintak maaf semua, kiteorang akan bersiap-siap untuk beraya ke rumah saudara mara.. Biasanya 1 hari raya tu kami akan beraya lebih kurang 10-11 biji rumah dan setiap rumah menyediakan juadah tersendiri.. Rumah pertama sampai ke lima masih semangat nak makan, masuk rumah ke enam dan seterusnya hanya mampu tengok je..kebentak bak ang...hahaha.. Yang paling best lepas makan dapat duit raya...hihihi...
Sekarang ni, bila usia dah semakin meningkat baju raya pon malas nk sediakan.. nak pergi beraya lagi lah lemau.. sebab nya rancangan television menyajikan rancangan yang best-best.. sayang nak tinggalkan..hihi
Wassalam
wow
ReplyDeleteBila dah terlalu penuh makanan dalam perut, rasa nak berjalan pun tak larat.. hehehe..
ReplyDelete