Assalammualaikum & Selamat Malam..Bulan lepas adik ipar ayah yang bongsu mai rumah.. pastu dia bagi tips macam mana nak buat mangga asam boi ni..
RESEPI MANGGA ASAM BOI / ASAM KECUT
Bahan bahan
1. Mangga Muda
2. Gula secukupnya
3. Garam secukupnya
4. Cili padi merah/hijau secukupnya
5. Asam kecut / asam boi putih @ merah
Cara cara
1. Mula mula lepas kupas pelam, racik racik kan pastu masuk dalam tupperware dan simpan semalaman dalam peti sejuk..
2. Selepas semalaman, keluarkan semula dan gaulkan dengan cili padi, gula, garam dan asam boi..
3. Selepas gaul sebati, boleh masukkan semula ke dalam peti sejuk dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sebati dan meresap satu sama lain..
4. Selepas sebati bolehlah dihidangkan untuk berbuka...
Tara Jadi Sudah |
Salam Ramadhan
Wassalam
aduhai kecur dibuatnya..
ReplyDeletemudah je kan
ReplyDeletetrliur tgk..hihih
ReplyDelete