KESILAPAN PADA BULAN RAMADHAN


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera...

KESILAPAN PADA BULAN RAMADHAN

1. Solat Witir Selepas Solat Tarawih

- Tidak salah melakukan solat witir selepas solat tarawih cuma lebih afdal melewatkan witir pada akhir malam..( bagi mereka yang yakin boleh melakukan solat sunat di sepertiga malam)..

Sabda Rasulullah SAW : Jadikanlah solat witir sebagai solatmu yang terakhir dalam satu malam.


2. Bersahur

- Ada dikalangan individu yang bersahur qpada tengahmalam dengan alasan malas untuk bangun pada akhir malam..Sesungguhnya kita digalakkan untuk melewatkan bersahur &mempercepatkan berbuka puasa.

3. Tidak produktif

- Menjadikan puasa sebagai alasan untuk bermalas malasan dalam melakukan pekerjaan pada siang hari..

4. Tidak ikhlas dalam beribadat

- Ada jemaah yang hadir ke masjid @ surau pada bulan Ramadhan kerana mengharapkan 'morehnya' sahaja.. Ingatlah bahawa setiap amalan kita dikira dengan niat..

Semoga salah faham tentang amalan amalan ini dapat diperbetulkan dan dapat mempertingkatkan lagi tingkat ibadat kita sesempurna mungkin.. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna & kita bertemu dengan malam lailatul qadar..

Wassalam..
KESILAPAN PADA BULAN RAMADHAN KESILAPAN PADA BULAN RAMADHAN Reviewed by MasturaDin on June 20, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. sia-sia puasa kita kalau hanya dpt lapar dan dahaga

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian, Zumal ingatkan solat witir hanya untuk akhiri solat terawih rupanya kalau kita nak buat solat sunat lain lagi tak perlu la solat witir lepas solat terawih yer...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.