#CABARAN20HARI PENGALAMAN SAHUR

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hari ke-2 #Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur



Alhamdulillah, selama 29 tahun hidup ni pengalaman bersahur yang paling seronok adalah ketika bersahur bersama keluarga.. Nak tau tak sebab apa??...Haruslah pukul 5.00 pagi mak kejut bersahur makanan dah terhidang atas meja..  subhanallah Kasih seorang ibukan... heaven gila rasa masa tu.. bangun tinggal makan je.. hehe..

Bila dah mula merantau, sahur ala kadar je.. makan apa yang ada.. kadang kadang tu sebelum tidur dah sahur siap siap.. masa tu tak tau pun yang melewatkan bersahur lagi berkat.. yang tau nak tidur tidur lebih penting dari bersahur..hahaha..

Isnin lepas pula, hampir hampir terlepas sahur, sedar sedar  dah pukul 5.30pagi.. Apalagi terus melompat turun dari katil pergi minum air masak.. jadilah buat alas perut untuk seharian disamping mengikut sunnah Rasulullah agar bersahur walaupun segelas air...

Inilah serba sedikit pengalaman bersahur MD.. takde yang luar biasa pun.. hehehe





#cabaran20hari, pengalaman bersahur, sahur

Wassalam

#CABARAN20HARI PENGALAMAN SAHUR #CABARAN20HARI PENGALAMAN SAHUR Reviewed by MasturaDin on June 28, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. Dulu mak kejutkan kita bangun.. sekarang turn kita pulak kejutkan ahli keluarga bangun sahur.. kalau ai tak sedar, pakat semua tak bersahurlah jawabnya.. hehehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.