~TIPS MENJADI PENIAGA ONLINE LUARBIASA~


Assalammualaikum & Selamat Petang Semua...Entri hari ini nak kongsi bagaimana untuk kita menjadi peniaga Online yang hebat...


TIPS MENJADI PENIAGA ONLINE LUARBIASA!


1. GUNA NAMA & GAMBAR PROFILE DIRI SENDIRI 

Yang ni paling utama & paling penting! Ni adalah benda pertama kita kena ubah.. Nampak kita seorg yg serius dan jujur. Tapi masih ada yang tak ambil tindakan.

Guna nama sebenar kita kerana itulah BRAND kita! Bangga & yakinlah jadi diri sendiri. Jika kita sendiri yang tak yakin pada diri sendiri macam mana orang lain nak yakin berurusan dengan kita, betul?

Guna nama yang sama disemua media sosial, media cetak & media elektronik supaya bila hari2 orang tengok anda, orang akan ingat kerana dah save dalam kepala otak!

Gambar profile elakkn letak gambar anda bersama anak2 atau orang lain. Tapi kalau bersama pasangan boleh laa.. Lagi bagus guna gambar yg diambil oleh photographer professional. 

2. ADD RAKAN SEHINGGA PENUH KUOTA.

Check friends anda sekarang berapa orang? Jika masih belum cukup 5K, cepat2 ADD sampai penuh.

Kenapa?
Kerana kawan2 kita di sosial media semua adalah POTENTIAL CUSTOMERS kita!

Bak kata orang2 yg berjaya, bina KEPERCAYAAN dulu dengan mereka. Banyakkan post perkara2 yg positif, motivasi, ilmu, isu2 semasa dan sebagainya. TAPI.. Elakkan post tentang isu2 yang sensitif seperti politik, isu perkauman dan sebagainya.. 

3. MULA MENULIS!

Tak reti menulis?

Mulakan dengan ayat pendek. Boleh ambil dari mana buku, internet dsb..

Tapi adalah lebih baik kita buat ayat sendiri. Tulis dari hati.. Maka akan sampai ke hati!

Belajar tentang copy writing & storytelling. Jika anda tahu teknik yang betul, anda akan mudah close sales dengan customers!

4. POST DI WAKTU PUNCAK!

Untuk dapatkan like yang banyak, post status anda pada waktu puncak dimana pada masa tu bilangan orang yang sedang online sangat tinggi!

Jika selalu tak sempat nak post diwaktu puncak, gunakan apps seperti hootsuit & buffer (Boleh google). Schedule kan masa anda nak post status anda.

Masa puncak ialah;
1. 7-8am
2. 1-2pm
3. 5.30-7pm
4. 9-11pm

Kurangkan post pada hari Sabtu & Ahad kerana kebanyakan orang kurang online pada hujung minggu.
Mereka lebih menghabiskan masa dengan aktiviti luar atau spend time bersama keluarga.

5. SETTING SETIAP POST AS "PUBLIC".

Check balik setiap status kita.
Tukar kepada 'PUBLIC'.

Kerana orang luar yang belum jadi kawan kita pun boleh nampak post kita. Mula2 mereka suka baca setiap post anda, then tekan LIKE. Lama2 mula komen. Last2 jadi pelanggan tetap! Nampak tak?

Once anda dah decide nak berniaga online, anda ibarat seorang public figure. Orang suka tahu life anda. Bila mereka rasa selesa dengan anda baru mereka lebih yakin untuk berurusan dengan anda!

Kadangkala ramai orang yang jual barang yang sama dengan kita, tapi kenapa customers pilih kita? Sebab mereka dah TRUST dengan kita! Makanya Selamat hari rayalahh... Faham ke faham? 

6. HASHTAG #

Letakkan #hashtag pada setiap post kita. That's call BRAND AWARENESS. Means org tahu kita buat biz apa. Mungkin dia tak perlukan barang yg kita jual tu. Tapi mungkin dia akan suggests pada family & kawan2 dia. Betul betul?

sumber: group whatsapp taukeemas..

Wassalam..
~TIPS MENJADI PENIAGA ONLINE LUARBIASA~ ~TIPS MENJADI PENIAGA ONLINE LUARBIASA~ Reviewed by MasturaDin on April 26, 2015 Rating: 5

8 comments:

  1. nice sharing k.mas. lela mmg tengah cri tips2 peniaga online ni . nak start berniaga online. in shaa Allah

    ReplyDelete
  2. wc lela..gud luck ey.. moga berjaya.. <3

    ReplyDelete
  3. kalau kita usaha diiringi doa... insyaAllah....

    ReplyDelete
  4. Terbaik dan berguna sekali infonya..tq!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.