~KELEBIHAN DINAR & GOLD BAR~


Assalammualaikum & Selamat Petang...Dinar vs gold bar ada kelebihan masing2 ..

〰〰〰〰〰〰〰〰


emas, gold bar, powergold, kelebihan kaya
sumber google


DINAR


KELEBIHAN DINAR


Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah


Digunakan untuk membayar zakat


Dijadikan hantaran dan mas kawin


Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang


Simpan untuk pergi haji


Tabungan/simpanan/pelaburan


Lain-lain tentang DINAR


• Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi

sebenar. Berat standard dinar ialah 

4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas 

agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos 

pembuatan lebih tinggi.


• Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah

untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.


GOLD BAR


MARI kenali apa itu GOLD BAR?

==========================


Kelebihan


🍯Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram 

kerana kos pembuatannya tinggi


🍯Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.


🍯Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan 

dalam bentuk jongkong pula.


🍯Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk 

simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya


🍯Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-

anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.


Lain-lain tentang GOLD BAR 


• Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh 

katakan harga pasaran ialah RM200g

maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000


Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah 

untuk emas yang lebih berat


Contoh : RM1,800 untuk 10g dan RM16,500 untuk 100g


• Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang 

menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.


Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 

1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!


Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Namun harga gold

bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya 

murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.


Masing2 bolehlah menilai mengikut pilihan masing2


#1gram1bulan1keluarga


Wallahualam



www.taukeemas.com/masturadin


sumber : group whatsapp...


Wassalam...


~KELEBIHAN DINAR & GOLD BAR~ ~KELEBIHAN DINAR & GOLD BAR~ Reviewed by MasturaDin on April 30, 2015 Rating: 5

7 comments:

  1. all the best Mas dalam segala bidang :)

    ReplyDelete
  2. simpanan dalam bentuk emas lebih baik di masa depan

    ReplyDelete
  3. kawan saya kata, nanti jangan sampai duit xley digunakan, baru terhegeh hegeh nak cari emas...

    ReplyDelete
  4. Sama2 menabung utk masa depan..

    ReplyDelete
  5. pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang

    ReplyDelete
  6. nanti boleh guide sy pasal emas.. 1gm 1bln 1klrga
    .. eh nama dah Mas..memang tauke emas yg berjaya! kan?

    ReplyDelete
  7. simpanan emas lebih untung

    ReplyDelete

Powered by Blogger.