SURAH AMALAN SEPANJANG MENGANDUNG

Penutup 2022... Sharing kali ni MD khususkan untuk ibu ibu mengandung... masa dapat tau pregnant, Maktok sharekan surah-surah untuk MD amalkan sepanjang tempoh mengandung... Alhamdulillah ketiga-tiga anak MD amalkan semua surah-surah ini...


SURAH AMALAN SEPANJANG MENGANDUNG

1. Ketika kandungan 1-3 bulan, amalkan membaca surah Al Baqarah diikuti dengan berdoa agar dijadikan zuriat yang sempurna...

2. Ketika kandungan 4 bulan, amalkan membaca surah Ali Imran diikuti dengan berdoa agar dijadikan zuriat yang soleh/solehah...

3. Ketika kandungan 5 bulan amalkan membaca surah Yusuf diikuti dengan berdoa agar dijadikan zuriat yang elok budi pekerti, cantik rupa paras dan ditetapkan iman...

4. Ketika kandungan 6 bulan amalkan membaca surah Luqman diikuti dengan berdoa agar dijadikan zuriat yang cergas dan pintar...

5. Ketika kandungan 7 bulan amalkan surah Maryam diikuti dengan berdoa agar dijadikan zuriat yang tabah menghadapi segala cabaran dunia akhirat...

6. Ketika kandungan masuk 8 bulan sehingga bersalin amalkan membaca surah At Taubat agar diampunkan segala dosa-dosa dan dipermudahkan segala urusan melahirkan zuriat tanpa sebarang komplikasi...

In shaa Allah semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu sepanjang tempoh kehamilan...

TIPS MUDAH BERSALIN

** Perbanyakkan baca Rabbi Yassir Wala Tu Assir Rabbi Tamim Bi Khair...
** Ikut tips SITI JAMUMALL...boleh search dekat Facebook... 

SELAMAT MENCUBA & BERAMAL...


SURAH AMALAN SEPANJANG MENGANDUNG SURAH AMALAN SEPANJANG MENGANDUNG Reviewed by MasturaDin on December 14, 2022 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.