Assalammualaikum Dunia... Teringat balance cheesedale yang tinggal 2 keping dalam peti dan stok kentang yang banyak didapur, maka terhasillah resepi mudah baked potato ni... MD guna cara paling mudah dan tidak banyak bahan untuk membuat resepi mudah baked potato... takde daging, takde ayam dan takde cendawan... Cuma buh tomato dengan carrot je.. (ape yang ade dalam peti)....hehehehe
![]() |
RESEPI MUDAH BAKED POTATO EDISI MELAYU |
MD namakan baked potato edisi melayu sebab ade buh cili padi dalam tu... biasalahkan, kalau tak pedas kang muak pulak... hehehehe
BAHAN-BAHAN BAKED POTATO EDISI MELAYU
1. Kentang
2. Carrot
3. Tomato
4. Telur
5. Mayonis
6. Cili padi
7. Serbuk lada hitam
8. Garam
9. Bawang besar
10. Marjerin
***sukatan agak-agak je...
CARA-CARA MEMASAK BAKED POTATO
1. Basuh bersih kentang terlebih dahulu... basuh dengan air garam yer...
2. Bakar kentang terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam... (sementara tu bolehlah buat aktiviti lain dulu)...
3. Parutkan carrot, potong dadu tomato dan bawang besar, potong kecil-kecil cili padi dan campurkan dalam satu bekas...
4. Selepas kentang dibakar, belah 2 dan korek isinya (gambar 2)...tinggal sedikit isi tepi kulit untuk dijadikan "mangkuk"...
5. Gaulkan isi kentang tadi bersama marjerin, mayonis, garam, serbuk lada hitam, telur dan gaul rata bersama bahan-bahan step 3...
6. Masukkan inti yang sudah digaul rata kedalam "mangkuk" dan letakkan cheesedale diatasnya...
7. Kalau ikutkan resepi asal, dia bakar semula 5minit je... tapi oven ni masa bakar sejam tu pon kentang tak empuk lagi, so yang bakar kali kedua ni MD bakar 180 darjah celcius selama 30minit...
8. Siap dan sedia untuk dihidang...
SELAMAT MENCUBA...
Wassalam
Mudah je rupanya.. boleh cuba nie..
ReplyDeleteOk nanti nak try buat :)
ReplyDeleteSedapnya............ Tq share. In shaa Allah nak try buat gak. Hihihi
ReplyDeletesedapnya. rasa lapar pulak baca entry ni. :)
ReplyDeleteJemput singgah ke blog saya Kapsul Penawar Resdung
trims banget untuk tipsnya. blog seperti ini yang saya suka..selalu memberikan informasi yang bermanfaat untuk para pembaca..update trus sob by author ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu
ReplyDelete