SERLAHKAN PESONAMU DENGAN HARUMAN SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE
Assalammualaikum Dunia... Baru-baru
ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman
yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling
menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan
haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan
menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah
Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi
memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati
imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman
pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini
daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga
bakal mendominasi pasaran di Malaysia.
Rangkaian
Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai
aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen
sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia
untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina
keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang
tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping
meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling
serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu
melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi
kuasa harumannya.
Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah
Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada
botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal
menyerlah. Syahirah
Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama
Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam.
Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De
Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya
mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk
“serlahkan pesona, meraih bintangmu”.
4 KOLEKSI TERBARU HARUMAN SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE
Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:
1. Haute Couture
![]() |
Haute Couture |
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi
merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan.
Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute
Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu
menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
2. Femme Chic
![]() |
Femme Chic |
Kombinasi haruman buah-buahan dan
bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama
jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti
meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak
hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut
diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.
3.Celebrite
![]() |
Celebrite |
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan
ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya
yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona
hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter
anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan
sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.
4.Glam Star
![]() |
Glam Star |
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan
pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang
menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen
bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda
tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana
sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.
Jadi
mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa
ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang
berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah
Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda
menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu
dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.
Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual
pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar
raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan
pesonamu, raih bintangmu”.
Wassalam
terima kasih.
ReplyDeletefrom:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my