RESEPI APAM NASI

RESEPI APAM NASI

resepi apam nasi, menu juadah berbuka puasa, resepi daripada nasi

Assalammualaikum Dunia... Bulan Ramadhan ni pasti ramai ibu-ibu yang ingin membuat kuih muih untuk juadah berbuka puasa kan...bagi yang ada baki nasi sahur tu bolehlah buatkan apam nasi yer... ni MD kongsikan resepi apam nasi untuk dicuba oleh para ibu sekalian... 

BAHAN-BAHAN APAM NASI

  • 2 cawan nasi (pastikan bukan nasi dari beras wangi yer)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2cawan gula pasir (boleh kurangkan bagi yang tidak sukakan manis)
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dengan sedikit garam


CARA-CARA MEMBUAT APAM NASI

1. Blendkan nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam. (Jika inginkan apam nasi yang berwarna warni boleh letakkan pewarna mengikut suka)
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit marjerin dan tepung gandum pada acuan kecil. (MD guna loyang besar je sebab takde bekas kecik-kecik dekat rumah)
8. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit...(kalau guna loyang besar, kukus dalam 30minit-45minit)
9. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan bersama sambal tumis atau makan begitu saja..
SELAMAT MENCUBA :)

sumber resepi : GOOGLE

Wassalam


RESEPI APAM NASI RESEPI APAM NASI Reviewed by MasturaDin on June 09, 2016 Rating: 5

4 comments:

  1. macam senang tapi xtau la berjaya buat ke tak..

    ReplyDelete
  2. dah lama dok baca resepi ni... nak buatnya entah bila.. hehe

    ReplyDelete
  3. senang ya resepi ni. tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. Menarik resepi ni. Boleh cuba :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.