RESEPI LONTONG GORENG

by - January 14, 2016

RESEPI LONTONG GORENG

resepi lontong goreng, bahan-bahan membuat lontong, cara memasak lontong

Assalammualaikum Dunia...

BAHAN-BAHAN LONTONG GORENG


Nasi Impit 
1 ulas Bawang Putih 
1 biji Bawang Besar
Segenggam cili kering
Segenggam Ikan Bilis
Sos cili
Kicap Manis
4 biji telur
Setengah batang lobak merah
Tomato
Daun Sup
Garam & serbuk perasa
Minyak
Air


CARA-CARA MEMASAK LONTONG GORENG

1. Rebus nasi impit sehingga masak dan toskan sehingga sejuk.. (anggaran dalam sejam je)... 
2. Rendam cili kering dalam air panas/ masakkan sehingga kembang.. kemudian blenderkan sekali dengan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis...
3. Panaskan minyak, masukkan bahan yang sudah diblender dan tumis sehingga naik bau... masukkan air dalam blender yang ade sisa-sisa cili kering, kocak-kocakkan kemudian apabila bahan tumisan sudah garing bolehlah masukkan air ke dalam kuali...
4. Masukkan kicap manis, sos cili, garam, serbuk perasa dan lobak merah...
5. Potong-potong empat segi kecil nasi impit dan masukkan ke dalam kuali... Agak-agak air hampir kering bolehlah pecahkan telur... Kacau sehingga sebati...
6. Racik-racik kan daun sup dan taburkan atas lontong goreng...
SIAP dan sedia untuk dimakan.. :)

Selamat mencuba.. 

Wassalam

You May Also Like

1 Luahan Hearty

  1. sedapnya..allah..nanti rajin nak buat gak.

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)