RESEPI KARIPAP INDAH KHABAR DARI RUPA

by - January 05, 2016

RESEPI KARIPAP INDAH KHABAR DARI RUPA

Assalammualaikum Dunia...
Selama 30tahun hidup, ni lah first time menguli karipap... hahahaha.. macam tak caye pulak dah masuk 3series tahun ni.. huhuhu

Macam biasalahkan, resepi MD ambil daripada group masakan dekat Facebook..hehehe... tak sangka mudah je rupenye bahan-bahannya.. yang jadi lambat sebab nak mengelim karipap tu satu-satu.. adalah 4biji je MD kelim sendiri, yang selebihnya MD tekan gune garfu je..hehehehe.. Mak pun ala-ala kagum dan terkejut siap cakap "Dah pandai dah anak aku kelim karipap".. hahahaha.. bangga 5saat MD dengar.. kahkahkah.. 

Ok jom tengok resepi karipap indah khabar dari rupa ni... hihiihi
resepi karipap, inti karipap, cara kelim karipap,
Aneka bentuk karipap.. Ade besar ade kecik ade berot ade bulat...hehehe

BAHAN-BAHAN KULIT KARIPAP

1. Tepung gandum - (takde penimbang so pakai agak-agak je)
2. Planta / Marjerin / Minyak - (gune planta dalam 2sudu besar)
3. Air Suam 
4. Garam  **garam dicairkan dalam air suam

CARA-CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP

1. Panaskan planta sehingga cair dan benar benar panas.
2. Tuangkan planta panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil 
ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 30 minit hingga 1 jam di dalam peti sejuk.  Canai doh dan bentukkan karipap. .. 
**nak mudah boleh tekan je gune garfu...

BAHAN-BAHAN INTI KARIPAP

1. Ubi kentang - dipotong dadu
2. Ikan bilis - diblender kering
3. Bawang besar - dipotong dadu 
4. Bawang putih -diblender kering
5. Serbuk kari 
6. Daun kari
7. Garam 
8. Serbuk Perasa
9. Air

CARA-CARA MEMBUAT INTI KARIPAP

1. Tumiskan bahan-bahan yang telah diblender kering (ikan bilis dan bawang putih)...
2. Bancuh rempah kari dengan air sejuk... Apabila bahan tumisan telah garing, masukkan bancuhan rempah kari... Tumis sehingga naik minyak...
3. Masukkan air secukupnya, ubi kentang, bawang besar yang telah dipotong dadu dan daun kari dan biarkan seketika...
4. Apabila ubi kentang hampir empuk, masukkan garam dan serbuk perasa... dan biarkan sehingga masak...
**jangan lupe kacau-kacau inti tu, nanti berkerak pulak..
5. Siap dan boleh mula buat karipap...

Selamat mencuba.. :)

Wassalam

You May Also Like

4 Luahan Hearty

  1. tahniah..akak haritu try juga buat..tapi xpandai nak kelim dia..last2 p beli acuan karipap..rupanya susah juga buat karipap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. gune garfu je Kak senang n cepat..hehehee

      Delete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)