AMALAN MENGHINDARKAN DIRI DARI KESEMPITAN HIDUP

AMALAN MENGHINDARKAN DIRI DARI KESEMPITAN HIDUP 

Assalammualaikum Dunia...
Memandangkan ringgit Malaysia semakin menjunam, MD sarankan kepada semua dan diri sendiri mohlah kita mengamalkan zikir atau doa Nabi Yunus ini agar diri kita terhindar daripada mengalami kesempitan hidup.. selain itu, doa ini amat bagus diamalkan ketika ditimpa musibah.. :)


Amalan-amalan menjauhkan diri dari kesusahan

1. Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.
2. Buat solat Dhuha bukan sahaja untuk mendapatkan rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.
3. Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit dekat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.
4. Jangan kedekut untuk belanja orang makan.
5. Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.
6. Rajin berdoa untuk kejayaan orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
7. Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.
8. Amalkan zikir atau doa Nabi Yunus. Bacalah zikir ini setiap hari kerana dengan zikir ini, in sha ALLAH, urusan harian kita akan dipermudahkan.



Zikir atau Doa Nabi Yunus

LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN.

doa nabi yunus, kelebihan, amalan menghindarkan diri dari kesempitan hidup, cara menyelesaikan masalah
google

Kelebihan Doa Nabi Yunus

1.
 Jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s,  ALLAH akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa mereka.
2. Dapat mengelakkan dan melindungi diri kita dari terkena perbuatan sihir dan gangguan makhluk halus.

** Doa ni afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohonlah pertolongan daripada ALLAH SWT. In sha ALLAH, akan dimakbulkan. Sesungguhnya, ALLAH Itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani dan Maha Pemberi Rezeki.

Moga bermanfaat untuk semua... :)


Sumber : Group Whatsapps
Wassalam

AMALAN MENGHINDARKAN DIRI DARI KESEMPITAN HIDUP AMALAN MENGHINDARKAN DIRI DARI KESEMPITAN HIDUP Reviewed by MasturaDin on January 06, 2016 Rating: 5

6 comments:

  1. Semoga kita dihindari dari kesempitan hidup :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..nice sharing..

    ReplyDelete
  3. Inshaallah diamalkan.. thanks for sharing.. ;_)

    ReplyDelete
  4. Thank you mas. Aku memang tengah cari benda2 macam ni.. huhu

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik dan berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.