SINOPSIS USTAZ, MY LOVER

by - December 04, 2015


SINOPSIS USTAZ, MY LOVER

Ustaz, My Lover, kata-kata cinta, jodoh, ayat terindah untuk pasangan
google

Assalammualaikum Dunia...


"Setiap kali tubuhku menggeletar kerana mencintaimu... Setiap kali juga aku berzikir memuji Tuhan agar dapat menghapuskan rasa cintaku terhadapmu"..


Terbace kata-kata indah dari Novel Ustaz, My Lover, hati ini terus tertarik untuk men'google' sinopsisnye pula... hehehehe...Bile bace sinopsis hati macam tertarik je nak beli Novel ni..hihiihihi..

Sinopsis

IMPIAN untuk menjadi seorang ustaz setelah patah hati dalam percintaan, membuatkan Syukur mengabdi diri menuntut di sekolah pondok yang terletak di Songkhla, Thailand.

‘Aku telah memilih duniawi dan akhirat. Kedua-dua perkara itu kupilih demi mengimbangi kehidupanku sebagai Muslim.’ SYUKUR

Semasa menuntut di sekolah pondok, Syukur menjadi tumpuan si dara gara-gara kekacakan dan keperibadian murni yang dimiliki. Salah seorang pemuja Syukur adalah Solehah.

‘Tatkala aku menatap wajahmu, aku pasti menjadi terlalu gemuruh kerana dikuasai rasa cinta. Namun, rasa itu cepat-cepat kubuang dengan cara menyebut nama Tuhan agar aku dapat menghindari dosa apabila bersamamu.’ SOLEHAH

Keinginan menggila Solehah terhadap Syukur telah mengundang rasa jaki Iman. Iman mendendami Syukur apabila Solehah membunuh cintanya terhadap gadis itu selama ini.

“Tidak semestinya perempuan bertudung labuh tidak punya sikap lahanat. Begitulah kau, Solehah. Kau seperti mesin pengisar yang telah menghancurkan rasa sayangku kepadamu.’ IMAN

Iman telah merancang sesuatu yang keji demi menjahamkan Syukur. Segala dosa yang bakal diperolehi tidak dipeduli.

Bagaimana Syukur mahu mengelak dirinya dari didajalkan Iman? Adakah dia harus berdiam diri atau harus menjadi Mujahidin yang berjihad menentang musuh? Itu semua terletak di tangan Syukur. Dalam masa itu, gadis yang pernah mengisi hidupnya kembali menguasai diri.

‘Soal halal, bukan terletak pada makanan sahaja. Tetapi ianya harus dilihat dalam konteks percintaan. Begitulah jika kau mahu mencintaiku, pastikan aku telah menjadi halal terlebih dahulu di sisimu sebelum kau menikmati diriku.’ KAMISAH


Wassalam

You May Also Like

3 Luahan Hearty

  1. layan novel ya...tapi ada bagusnya novel yang lebih kearah islamik sikit dari novel novel cinta..

    ReplyDelete
  2. wooo suka baca novel.. eheh.. mcm2 novel skrang =)

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (74) kisah aku (69) review (62) info (59) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)