KISAH SEORANG MAKCIK DAN HAJARUL ASWAD

KISAH SEORANG MAKCIK DAN HAJARUL ASWAD

hajarul aswad, batu dari syurga, asal usul, kisah seorang makcik
google


Assalammualaikum Dunia...

Kisah ini telah diceritakan oleh seorang Ustaz ketika memberi ceramah di Masjid Kampung MD.. Ustaz ini juge merupakan seorang Mutawwif dan kisah ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri...

Ketika musim haji beberapa tahun lepas, beliau ditugaskan untuk mengetahui rombongan haji dari Malaysia.. Di dalam rombongan itu ade seorang makcik ni yang beria sangat hendak mencium hajarul Aswad.. (ada sesiapa yang pernah dengar tak kisah ni?).. Kisah nye lebih kurang begini...

MakCik : Ustaz, tolong lah makcik.. Makcik nak sangat cium hajarul aswad...
Ustaz : Tapi sekarang orang ramai Makcik.. lagipun cium hajarul aswad ni sunat sahaja..
MakCik : Tolong lah makcik ustaz.. malulah makcik.. apa makcik nak jawab dengan orang kampung nanti kalau makcik tak cium hajarul aswad?.. 
Ustaz : (berfikir-fikir).. baiklah makcik..  makcik tau tak hajarul aswad tu macam mane?
MakCik : tak tau Ustaz..
Ustaz : Ok MakCik, ..( maka ustaz pun memberi penerangan berkenaan Hajarul Aswad).. nanti sampai sane MakCik nampak warna hitam, tulah hajarul Aswad.. 
MakCik : Ok Ustaz.. makCik faham..

Maka, bile keadaan agak tenang Ustaz tu mengajak rakan-rakan mutawwif lain membantu beliau membawa makCik tu ke Hajarul Aswad... Setibanya disitu, Ustaz pun berkata kepada MakCik tu..

Ustaz : MakCik, tulah Hajarul Aswad..

Dalam keadaan yang mungkin terlalu ghairah + teruja MakCik tu terus meluru ke Hajarul Aswad dan "CHUPPP"  menciumnya... Ustaz & rakan-rakan Mutawwif lain tergamam.. Sesudah mencium, MakCik tu kembali semula kepada Ustaz...

MakCik : Dah Ustaz.. 
Ustaz : Dah MakCik??
MakCik : Dah Ustaz.. MakCik dah cium..Ustaz kate yang warna hitam tu kan..

MakCik itu pulang dengan kepuasan..

tapi kan korang agak-agak ape yang MakCik tu cium ek sebenarnye?
Daripada penceritaan Ustaz tu, sebenarnye yang dicium MakCik tu adalah tengkuk orang kulit hitam.. APA??.. Kuang kuang kuang.. mase MakCik tu tunduk nak cium Hajarul Aswad, tetiba datang orang berkulit hitam terus cium hajarul Aswad... hohohoho..

Masya ALLAH..kuasa ALLAH kan.. bile niat kita bukan keranaNYA maka tidak diizinkannya berlaku... kesian MakCik tu..agak-agak dia tau tak yang dia cium tu bukan Hajarul Aswad?.. tipu lah mase dengar cerita ni tak gelakkan...mase taip entri ni pun rase macam kena geletek-geletek.. hahahahaha.. (jahatnye aku)..

Apapun yang baik kite jadikan teladan.. yang buruk jadikan sempadan.. semoga amalan kite diterima ALLAH.. :)

*maaf jika ade silap pade pengolahan ayat
Wassalam


KISAH SEORANG MAKCIK DAN HAJARUL ASWAD KISAH SEORANG MAKCIK DAN HAJARUL ASWAD Reviewed by MasturaDin on October 19, 2015 Rating: 5

5 comments:

  1. setiap amalan bermula dari niat..hehehehe..

    ReplyDelete
  2. kena perbetulkan niat kan Mas, ambil ikhtibar dari setiap pengalaman orang lain, in shaa allah.

    ReplyDelete
  3. Huhu. Niat nk bgtau org kg.. huu

    ReplyDelete
  4. Huhu. Niat nk bgtau org kg.. huu

    ReplyDelete
  5. betul kalau tuhan tak mengijinkan maka takan terjadi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.