JEREBU : LOKASI YANG MENCATATKAN IPU TIDAK SIHAT

by - September 04, 2015

JEREBU : LOKASI YANG MENCATATKAN  IPU TIDAK SIHAT

Jerebu, langkah pencegahan ketika jerebu, tips menghadapi jerebu, lokasi ipu tidak sihat

Assalammualaikum Dunia...


Memetik sumber daripada Harian Metro hari ini, terdapat beberapa lokasi yang mengalami jerebu yang teruk.. Antara lokasi IPU tidak sihat ialah Alor Setar (120), Sungai Petani (106), Kangar (103), Taiping(103), Nilai (106), Ipoh (104), Banting (102), Pelabuhan Klang (109), Shah Alam (108) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (113).


Bacaan IPU tidak sihat bagaimanapun menunjukkan penurunan ke tahap sederhana di lima lokasi pada sebelah petang iaitu Sungai Petani (97), Nilai (91), Banting (91), Shah Alam (94) dan Kuala Lumpur (93).

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi kenyataan media memberitahu, ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura, jerebu ini dilaporkan berpunca daripada 395 titik panas dikesan di Sumatera, manakala 31 lagi di Kalimantan.. Selain itu, 7 titik panas turut dikesan dalam negara iaitu masing-masing satu di Johor, Kelantan, Terengganu dan 4 lokasi di Pahang. 


Jadi bagi mengelakkan jatuh sakit di musim jerebu ini, langkah-langkah pencegahan perlu dititik beratkan.. 

Antara Langkah Pencegahan Ketika Jerebu adalah :


1. Basuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar
2. Dapatkan nasihat perubatan
3. Kurangkan aktiviti luar
4. Memakai topeng muka apabila keluar rumah
5. Jangan merokok
6. Minum air masak sekurang-kurangnya 2liter sehari


Wassalam

You May Also Like

2 Luahan Hearty

  1. kat penang ni smpai tak nampak jalan clearly.. huurm..
    kena minum air banyak2..

    ReplyDelete
  2. mkn teruk jerebu...kesan dari pembakaran di Indonesia huhuh

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (74) kisah aku (69) review (62) info (59) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)