RESEPI KERIA KENTANG BY SHEILA ROSLY

Assalammualaikum Dunia..
Skroll wall FB, terpacul pic ni... ada member share resepi keria kentang daripada Kak Sheila Rosly ni.. MD baru tau kentang boleh dibuat keria... nampak sedapkan.. tapi kena tunggu mood rajin mai baru boleh buat keria ni.. hihi.. jom tengok bahan-bahannya...
Bahannya:
300gm kentang ~ direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 sb margerin1 sb gula pasir1 st baking powder ~ tak letak pun bolehsedikit pewarna kuning
Caranya:
1. Lenyek halus kentang tu semasa masih panas. Masukkan sekali margerin, gula pasir dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.
2. Masukkan tepung dengan baking powder dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan. Jika masih lembik ( ikut jenis kentang), tambah sikit lagi tepung gandum.
3. Bentukkan seperti donat. Goreng hingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
2 sb air
Caranya:
1. Gula + air dimasak hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering.
Selamat Mencuba...
Sumber : FB Sheila Rosly
Wassalam
ooo x de letak cuka sket ek dlm sira tu?
ReplyDeletetakde rasenye Khai Rin.. :)
DeleteTerbaek.. sedap.. :)
ReplyDeletePacul tu apa mas
ReplyDeletepacul tu adik beradik, suku sakat muncul..hehe
DeleteBoleh la nak suruh wife cuba
ReplyDeleteBlh try ni, biasa buat guna ubi manis ja
ReplyDeletemy Favourite!!
ReplyDeleteRahsia Tun Mahathir Kekal Sihat diusia Emas
dah lama x buat keria ni..feveret suami ni
ReplyDeletedone follow #203
nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena..: http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html
TIA!
huwaaa sedapnyeee...buatkan untuk anis pleaseee
ReplyDelete