PANDANGAN ORANG AWAM MENGENAI BERKONGSI KERETA


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Rancangan DBKL agar masyarakat mengamalkan perkongsian kereta ke tempat kerja bagi mengurangkan kesesakan lalulintas pada masa kini mendapat pandangan daripada segelintir masyarakat Malaysia. Jom baca apa pandangan mereka terhadap idea berkongsi kereta ini.

PANDANGAN ORANG AWAM MENGENAI BERKONGSI KERETA

Joshua Chan, 32 tahun, Ahli Perniagaan 

"Berkongsi kereta tidak sesuai dengan gaya hidup beliau. Dalam perniagaan saya, saya perlu pergi ke bandar dan ia akan menjadi sukar bagi saya untuk menunggu pengangkutan awam atau menunggu orang lain untuk menumpang kereta mereka"..

Siti Hapsah Mohd Zulkifli, 44 tahun, Penyambut Tetamu,

"Beliau yang berulang alik dengan keretapi berkata keutamaan saya adalah keselamatan. Saya tidak mahu berkongsi kereta dengan orang yang tidak dikenali."

Bagaimanapun ada diantara orang awam yang bersetuju berkongsi kereta.

R. Jayalaxmi, 22 tahun, Pelajar Universiti,

"Beliau percaya berkongsi kereta adalah cadangan yang baik. Katanya, ia masuk akal untuk rakyat agar berkongsi kerea dan bukannya memandu dengan empat kerusi kosong"..

Clinton Chee, 26 tahun, Penduduk Bandar Utama,

"Bayangkan jika semua orang berkongsi kereta, ia dapat mengurangkan bilangan kereta di atas jalan dan kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kesesakan lalulintas. Tambahnya, dengan berkongsi kereta juga dapat menjimatkan minyak petrol dan mengeratkan silaturrahim antara jiran tetangga dan sahabat handai.

Ini antara pandangan orang awam mengenai berkongsi kereta... Anda pula bagaimana??

Wassalam






PANDANGAN ORANG AWAM MENGENAI BERKONGSI KERETA PANDANGAN ORANG AWAM MENGENAI BERKONGSI KERETA Reviewed by MasturaDin on August 14, 2015 Rating: 5

7 comments:

  1. SA x setuju sbb ada banyak negatif dari positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...ati orang kita tak tau kan.. kang depan kata takpe, blakang tak puas ati pulak..

      Delete
  2. kadang tension jugak bila hadap jem.. tapi betul laa bukan xnak kongsi kereta.. kadang nak ikut masa orang lain ni lecehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak roti Yoorin..klu jem boleh sapu dgn roti..heheh.. (jgn marah na)

      Delete
  3. Rara ada hati gak dulu nk car pool, tp nk car pool dgn sape.kak ain dh duk jauh. heheh.tp mmg jimat banyak.

    ReplyDelete
  4. Saya tak kongsi sebab tak ada kereta. Hehe. Ada tak jawapan macam Zumal ^-^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.