PENGALAMAN MENDAKI JABAL NUR

by - July 04, 2015




Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Salam Nuzul Al-Quran kepada semua..

Sempena Nuzul Al Quran harini, kite nak kongsi sedikit pengalaman mendaki Jabal Nur ketika melakukan umrah pada bulan Disember 2014...

Sebenarnya nama asal, Jabal Nur ini adalah Gunung Hira kerana dipuncaknya terdapat sebuah gua dimana Rasulullah S.A.W menerima wahyu pertama pada malam 17 Ramadhan... 

Selepas menerima wahyu, Gunung Hira digelar Jabal Nur @ Gunung Cahaya kerana disitulah Rasulullah menerima sinar petunjuk untuk dirinya dan seluruh umat manusia untuk beriman dan mengabdikan diri kepada ALLAH yang Esa..


keadaan dalam Gua Hira


Ok, sekarang berbalik semula kepada pengalaman kite mendaki Jabal Nur.. Kami gerak pukul 2.30pagi.. Masa tiba tu tak tengok jam pukul berapa.. Terus terang ini pengalaman pertama memanjat gunung.. ketinggian nya agak tinggi lebih kurang 45minit hingga sejam perjalanan.. 

Masa mula mula sampai, terdetik dalam hati mampu ke aku nak naik ni sebab keadaan gunung tu yang agak curam.. Sepanjang perjalanan mulut memang tak henti henti berzikir, mohon ALLAH berikan kekuatan untuk   kami rasai pengorbanan Rasulullah S.A.W.. 

Sepanjang perjalanan tu akan ada peminta peminta sedekah yang mendoakan kami "malaysia bagush", "malaysia baik", "umrah mabrur", dan macam-macam lagi sampai anak cucu dorang doakan...

Perkara yang paling kelakar masa tu, bila nak ke Gua Hira kena lalu kat batu besar dan batu tu menghimpit ke tepi, maknanya laluan nya sangat sempit.. Nak dijadikan cerita masa lalu situ,  serius kaki tak lepas, almaklum lah bumper treler.. hahaha .. 

Dialog masa tu : "tak boleh lah, macam mana ni?.. hahaha.. tak boleh ni..hahaha . . p******** beso sangat..(serius malu gile rasa).. Jemaah jemaah lain yang ada masa tu bagi semangat.. terharu rasa.. akhirnya setelah berkali kali mencuba berjaya juga masuk ke kawasan Gua Hira tu..

Bila mak sampai je terus cerita kat mak.. pastu mak cakap patutnya ko doa "Ya ALLAH, jika tinggi kau rendahkanlah, jika sempit kau luaskanlah, jika sukar kau permudahkan lah".. bukan cakap tak boleh tak boleh..haha..sekali terkono mak noks..hohoho.. 

Masa nak keluar balik tu jadi gak benda yang sama dan perkataan yang keluar dari mulut ni "tak boleh lah".. pastu terus kena tazkirah dengan mak.. Mak kata "Rasulullah tu lagi besar dan tinggi dari kite boleh lepas.. nikan pula kite orang Asia..  semua tu bergantung pada doa kite.."..

Ok mak, berkat tazkirah mak dan kekuasaan ALLAH  , akhirnya dapat gak keluar dari situ.. Alhamdulillah..

Sebenarnya, banyak lagi benda jadi masa tu.. Semuanya membuktikan kekuasaan ALLAH.. In sha ALLAH akan disambung entri seterusnya..



*kepada semua yang nak g kesitu sediakan duit seriyal bebanyak yer..:)

wassalam







































You May Also Like

3 Luahan Hearty

  1. rindunya Jabal Nur... :)
    akak naik Jabal Nur je.. tak sampai ke Gua Hira tu pun sebab kebetulan masa tu ramai jemaah dari Turkey...

    Memang mencabar skit lah kan nak naik tu... tp pengalaman yg sangat2 manis... :)

    ReplyDelete
  2. Bestnye dapat daki jabal nur...moga ada peluang tuk saya ke sana nanti...teringin sangat nk pegi...

    ReplyDelete
  3. indah nya pengalaman MD.
    beruntung dpt ke sana.
    moga ada la peluang aida ke sana in shaa Allah...

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (74) kisah aku (68) review (62) info (58) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)