SEUNCANG ZAMRUD UNTUK ORANG PALING BAHAGIA


Assalammualaikum & Selamat Berhujung Minggu...

10 MUTIARA UNTUK ORANG PALING BAHAGIA

1. Apa yang telah berlaku, biarlah ia berlalu.. Apa yang telah pergi biarlah binasa.. Jangan difikirkan kerana ia telah lenyap...



2. Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang diberikan itu dengan hati terbuka.. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan lah berkeluh kesah..

3. Perbanyakan istighfar kerana dengan beristighfar akan mendatangkan rezeki, kelapangan, keturunan yang baik, ilmu yang bermanfaat,  adanya kemudahan serta menghapuskan dosa..

4. Ketahuilah bahawa anda bukanlah salah satunya orang yang mendapat musibah.. Tiada seorang pun didunia yang bebas daripada kesedihan dan luput daripada kesusahan..

5. Hanya ada satu perkataan untuk kurun waktu, iaitu 'SEKARANG' .. Tidak ada dalam kamus kebahagiaan kecuali satu kata, iaitu 'REDHA'..

6. Janganlah marah kerana marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan,menghancurkan kasih sayang dan memutuskan silaturrahim..

7. Jauhilah berburuk sangka, lemparkan angan angan kosong, khayalan buruk dan fikiran fikiran kotor..

8. Tinggalkan sikap ragu ragu dalam mengambil keputusan dan jauhi sikap yang tidak ada arah tujuan.. tetapi , bersemangatlah, bulatkan tekad dan maju..

9. Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan anda dengan ALLAH, mengajar  agar anda berdoa, dan menghilangkan sifat takbur, ujub dan segala kesombongan daripada diri anda..

10. Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan.. Bergurau senda dapat menciptakan suasana santai.. Mendengar syair dapat menenangkan jiwa..


Sumber : Dr. 'Aidh Abdullah Al Qarni


 Wassalam

SEUNCANG ZAMRUD UNTUK ORANG PALING BAHAGIA SEUNCANG ZAMRUD UNTUK ORANG PALING BAHAGIA Reviewed by MasturaDin on June 13, 2015 Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.