REVIEW AKU PENGHIBUR : KUNCI KEJAYAAN

Assalammualaikum dan Selamat Petang...Hari ini seorang lagi ahli EFG akan direview.... Dan semua telah bersepakat untuk mereview blogger yang baru sahaja memenangi anugerah blog LIFESTYLE terbaik 2014 dan 2015.... Agak-agak boleh teka tak siapa beliau ni?... Beliau sudah 7 tahun bertapak dalam dunia blogging ni....

www.akupenghibur.com


Tak lain dan tak bukan beliau adalah blogger AKU PENGHIBUR.....
Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?
Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versatile. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta ini hasil daripada kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging Achik sebenarnya adalah dari doa seorang Mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan realiti dan maya serta pembaca di Blog. 

Achik juga seorang yang 'low profile'.

Pemilik yang mesra disapa Achik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.'.  Achik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Achik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com ..Pelbagai input menarik yang boleh kita baca disitu..

Antara Entri Achik yang paling memotivasikan dan memberi kesedaran kepada MD ialah Entri Cara Terbaik Untuk Hidup Senang Dunia Akhirat... 

"Walaupun gaji kecil, walaupun bulan itu sengkek duit tapi berilah pada mereka walaupun ianya sikit. Kerana ketika kita tak ada duit, kita sedar duit itu sangat penting tapi kita berikan pada yang lain dengan hati yang ikhlas dan redha." 

Terus terang kata-kata daripada penulisan Achik membuatkan MD terfikir, mak ayah MD dulu walaupun hidup susah tapi tak pernah merungut dalam membesarkan kami... sanggup ketepikan keinginan sendiri demi menunaikan apa yang dihajati kami...tetap bagi terbaik untuk kami... Jadi, tak salah rasanya kalau sekarang masa kami pula sebagai anak-anak cuba tunaikan apa yang mak dengan ayah impikan... kalau tak mampu sangat berdoa pada yang Maha Esa kerana rezeki itu datang dariNya...yang penting niat kita ikhlas kerana ALLAH... Insya-ALLAH kalau kita ikhlas, ALLAH akan cukupkan rezeki untuk kita...:)

Akhir sekali, pandangan MD mengenai blog Aku Penghibur aka Achik, banyak info-info menarik, kata-kata motivasi, tips-tips dikongsi disini.. Sangat memberi manfaat kepada semua.... Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai kisah Aku Penghibur ini sila klik disini-------> akupenghibur.com..

**Dikesempatan ini MD nak ucapkan Selamat Hari Lahir Buat Bonda Tercinta... Semoga Panjang Umur dan sentiasa dibawah rahmatNya... :)

Wassalam


REVIEW AKU PENGHIBUR : KUNCI KEJAYAAN REVIEW AKU PENGHIBUR : KUNCI KEJAYAAN Reviewed by MasturaDin on May 19, 2015 Rating: 5

17 comments:

  1. Kak Mas... Acik memang daebak...

    ReplyDelete
  2. Mas good job...
    Sedih tengok kegembiraan mak dengan ank...sob sob sob amir mata gumbira
    Acik jaga mak yea...

    ReplyDelete
  3. acik kuat semangat. motivasi penuh didirinya

    ReplyDelete
  4. terima kasih ..May Allah bless you ߘ

    ReplyDelete
  5. achik memang low profile.. tak berlagak walaupun otai , banyak membantu ilmu blogging

    ReplyDelete
  6. banyak yang boleh dipelajari di blog achik aku penghibur

    ReplyDelete
  7. ive got too much to say. i say i only love 'kay? :) v-)

    ReplyDelete
  8. dh follow dan salah sorang reader blog acik tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.