MAKANAN SUNNAH

by - March 20, 2015



Assalammualaikummm  & Selamat Petang... 




Hari ini rasa nak share khasiat dan kelebihan makanan sunnah ni..... Actually semua ni saya amalkan atas arahan / paksaan / suruhan bonda tercinta.. Ye r.. beberapa tahun ni asik tak sihat je.. kejap kejap batuk.. pastu demam..pastu gastrik..pastu kencing berdarah.. pastu suspek batu karang.. pastu sakit mata sampai kena operate.. eiii berape banyak pastu da...huhu... Mula-mula memang skip pasai tak berapa sedap terutamanya minyak zaiton tu.. siap buat buat lupe r... tak sempat r..macam-macam alasan bagi...hehehe..  n Alhamdulillah lelame amalkan dah jadi lali dah... sekarang dah serius sebati dengan antibodi diri ni... hihi





kurma, jus kurma, minyak zaiton, habbatussauda, madu
Dari kiri : Minyak zaiton.. Madu Ruqyah Thibbun Nabawi.. Jus Kurma D-Warisan & Minyak Habatus Sauda...


Now, kite cite pasal khasiat and kelebihan semua makanan sunnah ni yer..

a. Minyak Zaiton

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: Disapu di wajah sebelum tidur:

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. Sapu pada jerawat dan parut.

3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:

4) Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb...

6) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9) Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama...(pernah tengok channel masak afc astro: semua minyak zaitun!!!!)

11) Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar!!!

12) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw!!!! Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!

13) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan.... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.....

b. Madu Ruqyah Thibbun Nabawi


Seriously, dalam banyak-banyak madu, madu ni yang kena dengan tekak..sebab dah dibacakan 30 juzuk Al-Quran oleh budak-budak tahfiz... kat mana nak beli ek??.. kat Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Seksyen 8 Shah Alam dibawah kelolaan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani... Harga hanya RM 69.OO Sahaja.. Antara khasiat nya adalah:-

1. Dijadikan penawar dalam perubatan Islam contoh bagi mereka yang terkena saka, sihir @ santau.. Caranya segelas air suam dicampur dua sudu madu & suku limau nipis...

2. Menjadikan kulit lebih cantik

3. Baik untuk sistem pencernaan badan

4. Melegakan sakit tekak dan batuk

c. Jus Kurma D Warisan 


Cara pengambilannya dua sudu besar bagi dewasa dan sesudu besar bagi kanak-kanak sebelum makan pagi dan malam..

1. Boleh membantu mengurangkan masalah berkaitan dengan pernafasan seperti asma/lelah

2. Boleh membantu mengurangkan masalah darah tinggi

3. Boleh membantu mengurangkan masalah kencing manis

4. Boleh membantu dalam pengembangan minda dan IQ anak-anak

5. Boleh membantu memberi tenaga kepada mereka yang keletihan & stress

6. Boleh membantu mengatasi masalah anak yang sukar bersarapan pagi

7. Boleh memberi tenaga tambahan kepada ibu-ibu mengandung serta menjadi amalan kepada ibu-ibu lepas bersalin

8. Boleh membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan


Cara pengambilannya dua sudu besar bagi dewasa dan sesudu besar bagi kanak-kanak sebelum makan pagi dan malam..

d. Minyak habatussauda


Hadis Nabi:
"HABATUSSAUDA INI ADA PENAWAR SEGALA PENYAKIT KECUALI AL-SAM(MAUT)"- Hadis Sahih Bukhari Dan Muslim..

Cara penggunaannya pancitkan dalam mulut sebanyak dua pancitan untuk pagi dan dua pancitan sebelum tidur...

Okey.. ni lah antara khasiat dan kelebihan makanan sunnah ni... Insya-ALLAH.. kite berusaha selebihnya ALLAH yang menentukan.. ^_^

Wassalam..

You May Also Like

1 Luahan Hearty

  1. alhamdulillah.
    sebaiknya kita amalkan cara pemakanan sunnah, kan?

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (71) review (65) info (62) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)