UMRAH BERSAMA EIMAN TRAVEL & TOURS - DAY 3

UMRAH BERSAMA EIMAN TRAVEL & TOURS - DAY 3


ASSALAMMUALAIKUM DUNIA..

CONTINUE....

Disebabkan baru sampai lebih kurang pkl 8 pagi 12 Disember 2014, so aktiviti hari ke-2 adalah Golek-golek atas katil..lalala

DAY 3 - MASJID QUBA - MASJID QIBLATAIN - JABAL UHUD

Sejarah Masjid Quba


Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah (SAW). Rasulullah (SAW) menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad (SAW) akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali bin Abi Talib.

MASJID QUBA

DALAMAN MASJID QUBA

SAY CHEESE



Sejarah Masjid Qiblatain


Masjid Qiblatain (ertinya: masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di Madinah. Masjid ini mula-mula dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah, kerana masjid ini dibina di atas bekas rumah Bani Salamah. Terletak di tepi jalan menuju kampus Universiti Madinah dekat Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq atau di atas sebuah bukit kecil di utara Harrah Wabrah, Madinah.
Pada permulaan Islam, orang melakukan solat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis (nama lain Masjidil Aqsha) di Yerusalem/Palestina. Kemudian barulah turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekkah.


MASJID QIBLATAIN

                                     

                                     
   
                                    



Sejarah Jabal Uhud


Tempat dimana berlakunya Perang Uhud (Bahasa Arabغزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin olehNabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisyseramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.



PENERANGAN OLEH MUTAWWIF-UST SYAFIQ


JABAL UHUD








SEKIAN UNTUK HARI KE 3

TO BE CONTINUE....

SUMBER: WIKIPEDIA
UMRAH BERSAMA EIMAN TRAVEL & TOURS - DAY 3 UMRAH BERSAMA EIMAN TRAVEL & TOURS - DAY 3 Reviewed by MasturaDin on December 30, 2014 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.